loading...

Tiap Hari Tumor Makin Membesar. Sementara Tunggu Pakar Bapa Ainul Cari Rawatan Alternatif 

Ketumbuhan tumor pada Ainul Mardiah makin hari makin membesar. Bapanya cuba mendapatkan rawatan alternatif.

Bayi yang yang menderita kanser Germ Cell Tumor, Ainul Mardhiah, 8 bulan menjadi tular di media sejak awal bulan. Pelbagai rawatan diusahakan untuk si kecil ini dan terkini ibu bapanya cuba berusaha untuk mendapatkan daripada pakar di luar negara.

Bapa Ainul, Ahmad Saifuddin sentiasa memberikan perkembangan terkini anaknya. Dalam perkembangan terkini, bapa ini turut cuba mendapatkan rawatan alternatif untuk Ainul sementara menunggu respons pakar dari luar negara

“Sementara tunggu respon dari luar negara, kami perlu lakukan sesuatu. Tidak boleh duduk diam di rumah kerana tumor ini setiap hari makin membesar.”

Saifuddin juga tidak menolak rawatan yang boleh menyembuhkan anaknya itu. Kuasa penyembuhan di tangan Allah.

“Kuasa penyembuhan adalah milik Allah. Usaha selagi mampu, tiada siapa pun yang tahu apakah jenis, rupa, kaedah penawar yang Allah mahu berikan dan tunjukkan.

“Mana tahu tiba tiba Allah izinkan sembuh walaupun dengan cuma Air mineral yang ditiupkan Al Fatihah.

“Rahsia Allah, tiada siapa tahu. Kalau Allah tidak berkehendak, tiada satu tangan pun dapat mengubah. Ilmu manusia terbatas, ilmu Allah tiada tandingannya.”

Saifuddin juga tidak memohon doa daripada semua agar Allah membuka jalan mendapatkan penawar untuk anaknya itu.

“Sebab itu Ainul sangat sangat memerlukan doa yang ikhlas dari tuan/puan yang cakna supaya Allah bukakan jalan untuk kami mencari penawarnya.

“Dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan/puan yang prihatin terhadap anak yang hebat ini. Semoga Allah berikan ganjaran syurga buat tuan/puan semua. Amin!

Sumber: Ahmad Saifuddin

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...