Parut pembedahan pada badan ibu adalah kenangan yang & lambang kasih sayang. Shakilla Khoriri yang baru melahirkan cahaya mata tekad mahu turunkan berat dan bersenam selepas habis tempoh pantang.
Shakilla yang melahirkan cahaya mata pertamanya, Ameena Sofia pada 14 March 2019 lalu berkongsi tentang perkembangan terkini dirinya. Shakilla berkongsi fotonya bersama Ameena yang dirakamkan oleh suami, Fizi Ali dan menceritakan tentang keadaan diri selepas melahirkan.
shakillakhoriri
Pagi tadi minta Fizi ambil kan gambar Ameena dengan i.
Saja buat kenang-kenangan masa besarkan Ameena dengan keadaan badan yang banyak rosak sana sini yang kena repair.
Satu hari nanti mesti akan jadi kenangan atau COP second hand sebab dah pernah jadi isteri dan pernah beranak.
Tak boleh tipu.
TANDA ITU SENTIASA ADA PADA BADAN SEORANG EMAK
Tanda dia akan ada dan sentiasa ada pada badan seorang EMAK walaupun kau pi buat apa2 treatment kecuali kau bedah dan leser satu badan lah tapi still akan tahu yang kita second hand. 😅👍🏼
Malu ?Buat apa nak malu.
Kalau nak malu, emak2 kita pun malu lah lahirkan kita? 🤪
TAK SABAR HABIS PANTANG NAK LARI KAT TAMAN
Pagi bangun dan timbang and still 63KG and feeling down.
Down.
Down.
Down.
Tapi tengok muka Cik Meena terus lupa yang badan macam badak ni. 😂Tak sabar habis pantang boleh Lari kat taman 80 round 🤣
49KG SAMPAI 73KG NOW 63KG. TAPI I OK JE
Eh tipu lah tak strees dari berat 49kg sampai ke 73kg and now 63kg ,
Tipu sangat tak stress.
Tapi i OK je.
Tapi takde lah ok sangat.
Tapi OK je lah.
MINTA PEMINAT KONGSI CARA LOSE WEIGHT LEPAS BERSALIN
Mommys cuma share macam mana lose weight lepas beranak dengan i.
Tapi janji jangan share pasal product kurus !
Share pengalaman kurus dengan cara lain you buat selain ubat kurus !
Para peminat berkongsi dengan Shakilla tentang bagaimana untuk menurunkan berat badan selepas bersalin. Masing-masing kebanyakannya menegaskan untuk turun berat dengan sihat dan tidak terlalu tergesa-gesa.
TERUSKAN BREASTFEED & MAKAN IKUT MASA
BANYAKKAN MINUM AIR
OZLYN CADANGKAN BERTUNGKU, PERUT BOLEH FLAT BALIK
JANGAN RUSH UNTUK KURUS.WE CAN DO THIS
JADI IBU SATU ANUGERAH, NAIK SATU PAKU
PAKAI BENGKUNG & JANGAN STRES
BAGI MASA UNTUK BADAN HEAL
JANGAN AMBIK MAKANAN MANIS BANYAK
FOKUS KEPADA CONFINEMENT & MAKAN REAL FOOD
Ikuti Pa&Ma Musim Keempat bersama dengan Fad & Sya. Episod keempat minggu ini akan mengutarakan tip pakar & perkongsian daripada ibu bapa berkenaan tajuk Check Up Kali Pertama. Nak tahu apa tips yang dikongsikan? Jangan lupa saksikan pada 2 April 2019, jam 12 tengah hari dan ulangan 9 malam di Slot Dewi iaitu Astro Prima & Astro Prima HD.