Seorang wanita berkongsi kisah sedih rumah tangga dia di mana suami kantoi ada hubungan sulit dengan janda lepas dia terjumpa kad hari lahir berbaur cinta. Keperluan suami dan anak-anak selalu dijaga dengan baik namun tanpa dia sedar, ada wanita lain yang membahagiakan suami dia di luar rumah.
Kata wanita tu lepas terjumpa kad tersebut, dia ugut suami untuk berterus terang dan akhirnya tembelang pecah juga. Tapi ada sesuatu yang lebih menyakitkan dia selain daripada pengakuan suami.
“Ya, abang sayangkan dia! Dia janda dan abang dah terlanjur banyak kali!”
Bukan setakat mengaku curang dan sayangkan perempuan simpanan tu, suami dia juga akhirnya terlepas cakap yang mereka dah buat seks banyak kali!
Kenapa janda? Kenapa bukan anak dara?
Suami cium tapak tangan, minta ampun berkali-kali.
“Berapa kali? Sejak bila?”
Wanita ini kuatkan hati untuk tanya suami sejak bila suami dia ada hubungan sulit dan berapa kali dah buat seks dengan janda tu. Ternyata, pengakuan suami dia sangat meruntun hatinya. Kepercayaan dan rasa cinta untuk suami dipermainkan sampai macam tu.
“Apa kelebihan dia, apa kekurangan saya”
“Tak jaga diri untuk abang, tak jaga keperluan batin abang…”
Keesokan hari, suami dia buat pengakuan dan meluahkan semua isi hati melalui surat yang ditinggalkan di ruang tamu. Ternyata suami mempunyai banyak perkara yang dipendam selama 10 tahun mereka berumah tangga.
Abang bagi Mah duit untuk Mah bersisir, tapi Mah habiskan dengan perhiasan rumah dan emas. Kenapa Mah tak gunakan untuk merapikan diri?”
“Dia menjaga setiap inci yang ada pada tubuhnya sehingga ke bahagian yang paling sulit.”
Menurut suami dia, janda bernama Zulaikha tu sangat menjaga penampilan dia meskipun berstatus janda dan mempunyai anak yang ramai.
Harap si polan yang menjandakan isteri dia baru-baru ni akui kesilapan, mohon maaf dengan ikhlas dan perbaiki apa yang sepatutnya.