loading...

Cinta Ke Hujung Nyawa. Atas Dasar Cinta Dan Keikhlasan, Suami Muda Ini Setia Jaga Isteri

Di kala ramai yang menyimpan tanggapan buruk terhadap lelaki, yang kebanyakan bersifat tidak setia dan sanggup menceraikan isteri hanya kerana wanita lain namun, masih wujud lagi lelaki bergelar suami setia yang sanggup bersama si isteri diwaktu susah mahupun senang, kerana perkahwinan yang dibina atas dasar cinta bukannya nafsu semata-mata.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang terpaksa dilalui oleh Abdul Rahim Alias, 25 apabila isterinya kini terlantar sakit sejak November tahun lalu.

Isteri derita asma yang kronik

Menurut Abdul Rahim, isterinya Shahidatul Nadiana Suhaimi menderita penyakit asma kronik. Difahamkan isterinya sememang menghidap asma sejak zaman remaja lagi sebelum keadaan bertambah teruk hujung tahun lalu.

Shahidatul mengalami sesak nafas selepas menjalani ujian imbasan x-ray di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), menyebabkan wanita itu kini terlantar sehingga sekarang.

Mahu lihat isteri kembali senyum

Walaupun reda dengan ujian yang diberikan kepadanya dan isteri, namun jauh di sudut hati lelaki ini mahu melihat isterinya kembali sihat seperti dahulu.

“Saya sedih dan tidak dapat menahan air mata dari mengalir setiap kali menatap wajahnya dan jauh di sudut hati untuk melihatnya tersenyum seperti dulu…”

Kos rawatan semakin tinggi, ramai yang bantu

Mengakui pendapatannya sebagai petani tidak mencukupi untuk menanggung kos perubatan isterinya, tetapi Abdul Rahim sebaliknya bersyukur kerana ramai pihak yang datang membantu termasuk daripada PERKESO dan JKM.

Hampir RM2,000 perlu dibelanjakan untuk menampung kos membeli susu khas, lampin pakai buang, kos menyewa ambulans setiap kali temu janji termasuk sewa mesin oksigen RM350.

Kesetiaan dan keikhlasan Abdul Rahim menjaga isteri sepenuh hatinya itu mengundang rasa hormat dan kagum orang ramai.

Shahidatul Nadiana boleh dianggap sebagai isteri yang bertuah kerana memiliki seorang suami yang setia menjaga dan menyayanginya sepenuh hati.

Sumber: ohmymedia via Berita Harian & Perkeso Kota Bharu

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...