Pemain muda negara, Gillian Lim Siew Giok melakar sejarah tersendiri selepas memenangi pingat emas dalam acara Masters Wanita pada Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke 20(AYTBC) di Megalanes, Batu Kawa.
Gillian berjaya mengalahkan peserta dari Korea Selatan SHin Hyebin dengan kelebihan 36 pin pada acara akhir step-ladder manakala pemain Singapura Charlene Lim memenangi pingat gangsa.
Giok Siok, pemain berusia 20 tahun dari Sarawak itu, layak ke saingan akhir step-ladder apabila menduduki tangga ketiga di belakang Charlene dan Hyebin yang masing-masing merekodkan 3,375 dan 3,488 pin pada saingan blok kedua.
Sementara itu, dalam acara Masters Lelaki, pemain Singapura, Xavier Teo menewaskan wakil negara, Muhammad Hafiz Zainuddin 432-427 dalam acara akhir step-ladder untuk merangkul emas manakala pemain Korea Selatan, Moon Hayeong membawa pulang pingat gangsa.
Edisi ke-20 AYTBC disertai 72 pemain muda dari 10 negara iaitu Australia, Korea Selatan, Macau, Filipina, Bahrain, Singapura, Thailand, Taiwan, Hong Kong dan Malaysia.
— BERNAMA