Kredit foto: BH Online & kisahdunia.com
Aktres Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired berang apabila tindakannya menayangkan foto memori perkahwinan beliau sempena ulang tahun ke-15 menerima cemuhan seorang individu.
Shahirah atau mesra disapa Shiera menerusi entri sebuah kiriman Instagram, mendedahkan dua paparan skrin perbualannya dengan netizen tersebut.
Berdasarkan pemerhatian, individu itu meletakkan gambar profil pasangan yang baru sahaja mengadakan majlis resepsi perkahwinan baru-baru ini iaitu Fattah Amin dan Fazura
"Oooo macam ni ya peminat Fazura dan Fattah. Saya bukan minta simpati, tapi nak kongsi.
"Peminat ni, tak pasal-pasal aku kena maki sebab throwback gambar kahwin.
"Sayangnya anak-anak sekarang, memang pasti kamu semua cakap jangan layan.
"Tapi nak bagi tahu, Allah boleh tarik apa yang kita ada, bila-bila.
"Jangan benci kami sangat. Ada cara lain bila menaip.
"Dia kata tak hina saya, tapi menganjing (memerli) rasanya," tulis Shiera di kaspyen.
Dalam pada itu, Shiera berpesan kepada Fattah dan Fazura agar menasihati individu yang digelarkannya sebagai peminat fanatik itu.
Apatah lagi mengenangkan dirinya yang tidak berbuat salah namun tidak semena-mena menjadi mangsa hinaan.
"Fanatik betul ya. Sampai hina orang lain tak ada kena-mengena. Aku tak buat apa pun dengan dia.
"Siapa peminat Fazura Fattah mungkin tak semua macam ni. Tapi Fattah dan Fazura kalau ada parti dengan peminat tolong nasihat sedikit yang beriya ni," katanya.
Menerusi perbualan itu, individu berkenaan dalam nada sinis meluahkan rasa simpati terhadap Shiera kerana tidak menerima undangan majlis resepsi Fattah dan Fazura hingga terpaksa memuat naik foto lama perkahwinannya.
Menerusi tinjauan, profil netizen itu telahpun dinyahaktifkan.
Sumber berita: Sinar Harian