loading...

Neelofa Benar-Benar Menyesal

neelofa benar benar menyesal

Kredit foto: BH Online

Selepas teruk dihentam pelbagai pihak susulan kontroversi melancarkan koleksi hijab di sebuah kelab malam di ibu kota, akhirnya pelakon dan pengacara, Noor Neelofa Mohd Noor, 29, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Twitter pada malam Rabu.

Menurut selebriti yang juga usahawan muda ini, beliau mengakui kesilapannya yang mengakibatkan tekanan dan sentimen negatif orang ramai berkaitan pemilihan lokasi acara yang mencetuskan kemarahan itu.

"Setelah memahami dan merefleksikan apa yang telah berlaku selepas pelancaran NH (Naelofar Hijab) pada 26 Februari lalu, saya ingin memohon maaf kerana menyebabkan tekanan dan sentimen negatif terhadap pemilihan tempat tersebut," tulisnya.

Enggan memandang ke belakang, Neelofa nekad meneruskan pelaksanaan misi syarikatnya untuk mengembangkan potensi pemakaian hijab di kalangan wanita.

Susulan itu, beliau sedia bertanggungjawab atas masalah yang ditumbulkan.

"Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua keputusan yang dibuat dan saya juga belajar daripada kesilapan.

"Saya jauh daripada sempurna dan saya menghormati pendapat dan maklum balas anda.

"Saya benar-benar sangat menyesal dengan apa yang berlaku," ujarnya.

Di kesempatan sama, pengacara MeleTOP ini merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan kata-kata semangat buatnya.

"Kami akan memberikan perhatian yang lebih besar pada masa akan datang untuk memastikan kami melindungi imej hijab," tulisnya lagi.

Menerusi reaksi balas netizen, rata-ratanya membuka ruang buat pemilik jenama Naelofar Hijab ini bagi membetulkan semula kesilapan yang telah dilakukannya.

Sumber berita: Sinar Harian

Previous
Next Post »
loading...