loading...

Resepi Nasi Ayam Hainan Ala-Cina Paling Simple Dan Sedap

Pasti ramai yang tertanya-tanya, bagaimana orang Cina memasak nasi ayam hainan yang sangat berbau harum, wangi dan sedap kan? Sebenarnya ada bahan rahsia telah digunakan oleh tukang masak bangsa Cina untuk menghasilkan nasi ayam hainan yang sangat sempurna. Sebab itulah kita tak dapat menikmati nasi ayam hainan yang sempurna di kedai masakan melayu.

Resepi ini telah dikongsi oleh saudari Joanna Johan di laman Facebook dan kami dari Iluminasi dapati perkongsian ini sangat menarik untuk dikongsi kepada semua. Nasi ayam hainan cina hasil resepi Joanna Johan telah mendapat lebih seribu perkongsian di Facebook. Terbukti nasi ayam hainan ala-cina ini memang betul-betul sedap dan istimewa.

nasi ayam hainan ala cina yang sudah siap 65

Bahan untuk masak nasi ayam

  • Beras secukupnya. Boleh campur beras pulut sikit jika suka
  • Daun pandan simpul
  • Bawang putih 3-4 ulas dicincang halus
  • Beberapa biji halia dipotong nipis
  • Garam
  • Sos tiram dan kiub ayam knorr
  • Minyak bijan atau minyak sayuran
  • Minyak masak atau boleh gunakan butter

perap ayam hainan

Cara penyediaan nasi ayam

  • Masukkan beras bersama air secukupnya
  • Gunakan air rebusan ayam adalah lebih bagus sekiranya ada
  • Kemudian Masukkan bawang putih halia daun pandan
  • Masukkan Garam, kiub ayam atau 2 sudu besar sos tiram
  • Masukkan 2 sudu besar butter atau minyak masak dan beberapa titis minyak bijan
  • Biarkan sehingga menggelegak sambil dikacau menggunakan senduk
  • Biarkan sebati. Siap!

rebus ayam sebelum diperap dan dibakar

Bahan untuk ayam hainan

  • Sos tiram atau kicap cair atau kicap manis.
  • Garam
  • Minyak bijan
  • Serbuk rempah lima (five spice powder)

Serbuk rempah lima inilah rahsia kesedapan ayam hainan yang tak terkata. Ramai tukang masak melayu tak gunakan rempah ini dalam masakan. Anda boleh dapatkan di kedai pada bahagian rempah, biasanya dibungkus macam serbuk jintan/ketumbar. Kalau tak ada, boleh buat sendiri pakai blender. Blend cengkih, kayu manis pecah, lada hitam, jintan manis & bunga lawang sampai halus. Kuantiti semua biar seragam atau sama banyak. Kecuali lada hitam, kurangkan sikit.

rahsia nasi ayam hainan sedap

Untuk menyediakan ayam, Kalau nak lebih berjus, bolehlah dipotong empat. Atau kalau nak dipotong kecil, pastikan dimasak dalam oven secara rapat-rapat ataupun digoreng rapat-rapat.

Cara penyediaan ayam hainan

  • Lumur ayam dengan sos tiram atau kicap (jangan terlalu banyak)
  • Tambah garam dan minyak bijan
  • Serbuk five spice separuh sudu teh (cukup untuk seekor ayam)
  • Lumur semua rata rata
  • Perap selama satu jam

Serbuk five spice ni, letak sikit dah cukup kerana bau dia akan naik kuat selepas ayam dibakar atau digoreng. Antara petua lain ialah, kalau nak dapatkan kulit ayam yang rangup, perap dalam peti ais semalaman sehingga kulit ayam kering. Selepas selesai proses perapan mengikut kesukaan anda, ayam boleh dibakar dalam oven ataupun digoreng dalam kuali. 

ayam yang sudah siap dimasak

Bahan untuk sos cili hainan

  • Cili merah
  • Cili api sedikit sekiranya suka pedas
  • Halia muda
  • Garam dan gula
  • Jus limau atau cuka

Blend semua bahan dengan air masak atau jerang sekejap atas api. Siap!

Cara penyediaan sos kicap

Tuang kicap cair, cairkan dengan air masak sikit untuk kurang masin. Atau kalau nak lebih istimewa, gunakan sos tiram, air rebusan ayam, kiub ayam, kicap dan minyak bijan sikit kacau semuanya diatas api dan pekatkan dengan tepung jagung sikit. Kalau cara ni, memang pasti sedap gila masakan anda. 

Bahan untuk sup ayam hainan

  • Ayam lebihan dan kaki ayam.
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Serbuk lada sulah
  • Garam
  • Serbuk sup jika suka

Masukkan kaki ayam atau apa apa bahagian ayam seperti bontot ayam, tengkuk ayam dan lain-lain ke dalam kuali. Rebus baki ayam tadi dengan daun bawang dan daun sup. Daun itu masukkan sahaja panjang-panjang atau dipotong 3 kerat. Masukkan serbuk lada, garam dan serbuk sup. Rebus sehingga bau naik atau pekat mengikut citarasa anda.

Anda boleh makan nasi ayam hainan ala-Cina ini dengan ulaman, timun, daun ketumbar & daun bawang. Selamat menjamu selera bersama tersayang dan selamat mencuba resepi istimewa ini. Kongsikan resepi ini untuk manfaat bersama.

Previous
Next Post »
loading...