Setiap ibu atau ayah memang sentiasa inginkan anak-anak mereka sihat dan tidak dihidapi dengan penyakit-penyakit yang merbahaya. Tapi apakan daya, kadang ia hadir tanpa diduga. Tapi itu semua ujian daripada Allah untuk hambanya supaya terus kuat dan tabah menghadapi segala kemungkinan.
Dalam satu perkongsian di Facebook milik seorang ibu, Nurul Shuhada Bt Ahmad, anaknya Izz Hakeem disahkan menghidap Accute lymphoblastic leukemia atau kanser darah sekitar Ogos tahun ini ketika anaknya yang berusia 2 tahun itu tiba-tiba jatuh sakit. Hasil dari pemeriksaan mendapati symptom-simptom yang dialami menjurus kepada penyakit kanser darah atau leukemia yang banyak dihidapi oleh kanak-kanak.
Bayangkan menerima berita sehebat itu tatkala diri sendiri sedang hamil anak kelima. Allah sahaja yang tahu perasaan ibu ini yang ketika itu kandungan anak kelimanya sudah masuk lapan bulan. Anak yang dulunya aktif tidak semena-mena bertukar menjadi lemah dek kerana penyakit yang dihidapinya itu. Namun menurut Nurul Shuhada, keadaan anaknya kini sudah beransur baik dan kembali aktif seperti dahulu. Apa yang diharapkan hanya doa buat kesembuhan anakanda tercinta agar dapat kembali sembuh seperti sedia kala. Sama-samalah kita mendoakannya.
Anak soleh yg bertuah.
Accute lymphoblastic leukemia
Kanser darah.
Rasa gelap dunia bonda bila adik di diagnosa sakit kanser darah. Asalnya adik batuk teruk. Papa Bw ke hospital, amik darah , xray. doktor kata darah putih adik tggi adik mungkin leukemia. Doktor dari hospital angkatan tentera tuanku mizan hantar laporan adik ke hospital wanita dan kanak2 Kuala Lumpur. Dan hospital mintak adik di bawa ke sana dengan segera. Subuh hari ahad 18.8.2019 adik dibawa demgan ambulance dari hospital angkatan tentera ke hospital wanita dan kanak2.
Disana adik kna scan dan ultrasound. Nafas adik berombak laju.. Menggigil satu badan bonda. Airmata x payah nk cerita. Laju bagaikan hujan.
Adik diuji dengan kesakitan, bonda dan papa diuji ank kesayangan sakit. Rasa bersalah, kenapa bonda tidak peka dgn kesihatan adik. Adik nampak sihat dan senyum selalu. Pergi main taman setiap petang dengan kakak. Bila adik terlantar, terasa bonda pon sama terlantar. Sakit dik..
Tapi adik kuat. Adik lawan sakit adik. Hari sabtu adik dah boleh bernafas tanpa bantuan oksigen. Syukur ya Allah.
Dik, ramai org sayang adik. Tokmi tokba, tokbah tokma tokmi,opah, ateh uteh, uda pak uda, ciknit cikzam, ayahngah makngah, ayahlong maklong, ciksu, ayahsu, uda tokmi, ayahlong tokmi, ayah joe, ayahcik. Semua syg adik. Semua ada utk kita. Kawan2 bonda, kawan2 papa, sepupu2. Ramai yg dtg bg semangat utk adik, bonda n papa. TERIMA KASIH SEMUA..
dik, semoga esok adik baik2 shja untuk pasang centrel venous line(cvl), doktor jugak plan bone marrow untuk adik. Semoga adik papa n bonda dapat sesuaikan diri nnti.
Saat usia kandungan bonda 8bulan,saat adik baru shja cukup umur 2 tahun bonda hadap berita yg menggoncang jiwa dan iman.dan papa plk hanya ada beberapa bulan lagi untuk tamatkan kursus. Alhamdulillah, bonda dah beransur bangun dari rebah.
Kakak? Dik, tiap kali bonda balik dari hospital, kakak bertiga riuh bertanya tentang adik. Masing2 nak tengok perkembangan terbaru adik. Sayang mereka kat adik lelaki bertuah ni.
Untuk pengetahuan semua, atas sebab inilah saya nurul Shuhada @ su menolak segala tempahan buat sementara. Bukan sombong bukan angkuh. Segalanya hanya utk izz hakeem
Kawan2 bonda, kawan2 papa. Doakan ya. Semoga Izz Hakeem sihat dan ceria seperti dahulu
#izzhakeem
#anakygkuatdanbijak
#cancersurvivor
#KIDS
Sumber: Nurul Shuhada Bt Ahmad