loading...

Bila Anak Dah Besar Sikit, Kulit Mula Kusam. Cara Ini Boleh Dapatkan Balik “Kulit Baby”

“Macam kulit baby”. Sudah menjadi kebiasaan untuk orang membandingkan kulit yang lembut dan cantik seolah-olah memiliki kulit semulus kulit bayi. Bukan sahaja orang dewasa, malah ramai ibu bapa juga pasti menginginkan anak-anak mereka mempunyai kulit yang cantik dan berseri. Jika anda mahukan anak-anak anda memiliki kulit yang cantik, lembut dan berseri, anda boleh cuba beberapa tip seperti di bawah:

  • Campuran ekstrak tomato dan oat

tomato

Campurkan ekstrak buah tomato dan oat dan sapukannya pada kawasan kulit anak anda yang mempunyai kulit kasar. Campuran ini boleh membantu mengurangkan sebarang cela dan meningkatkan seri kulit wajah anak anda.

aloe-vera

Aloe vera sememangnya terkenal sebagai bahan atau ejen pelembap kulit yang baik. Selain itu, anda boleh menggunakan gel Aloe vera asli pada kulit anak anda bagi mencerahkan kulit yang menjadi gelap akibat faktor persekitaran. Walau bagaimanapun, Aloe vera boleh menyebabkan sedikit kegatalan pada kulit disebabkan oleh pulpanya. Oleh itu, pastikan bahawa anak anda tidak mengalami iritasi selepas penggunaan Aloe vera.

  • Urut kulit anak dengan menggunakan minyak

minyak-pati

Anda boleh menggunakan jenis minyak pati atau minyak kelapa. Urutan pada kulit anak dengan menggunakan minyak bukan sahaja memperbaiki tekstur kulit bahkan memperkuatkan otot dan tulang si manja anda.

  • Masukkan bijirin dan buah-buahan dalam diet anak

bijirin-strawberi

Usaha di bahagian luaran atau fizikal sahaja tidak mencukupi. Anda juga perlu memastikan bahawa anak anada mendapat kandungan mineral dan vitamin yang mencukupi untuk keserian kulit. Tambahkan buah-buahan dan bijirin yang berkhasiat dalam hidangan harian anak anda. Antioksidan yang terkandung di dalam buah bertindak meneutralkan aktiviti radikal bebas dan mengurangkan kerosakan kulit.

  • Minum banyak air

budak-minum-air

Minum air yang banyak mampu mengekalkan hidrasi tubuh anak anda. Pengambilan air yang mencukupi akan membantu membuang toksin daripada badan dan mencantikkan kulit.

  • Gunakan daun pudina

daun-pudina

Ambil segenggam daun pudina, kisarkannya bersama sedikit air dan jadikannya sebagai pes yang sedikit likat. Sapukannya sedikit dengan kerap pada bahagian kulit anak anda. Anda akan mendapati kulit mereka menjadi semakin berseri-seri di kemudian hari.

Tip-tip berikut bukanlah satu-satunya cara untuk anda mengekalkan kecantikan atau mengembalikan keserian kulit anak anda. Terdapat pelbagai kaedah lain yang turut boleh digunakan selagi mana ia tidak memudaratkan kulit anak anda. Ingat, kulit bayi dan kanak-kanak adalah sangat sensitif, oleh itu, cuba elakkan penggunaan produk-produk lain yang bersifat sedikit kasar keatas kulit mereka. Ini hanya bertujuan untuk mengelakkan sebarang iritasi yang mungkin akan berlaku. Jika anda sebagai individu dewasa turut ingin memiliki kulit secantik kulit bayi, anda juga boleh cuba tip-tip seperti di atas.

Sumber: Health Group

Previous
Next Post »
loading...