Tugas menyusukan bayi memang selalunya tergalas di bahu isteri semata-mata. Namun bagi pasangan ini lain pula kisahnya. Suami tidak membiarkan isteri berseorangan menanggung beban dan kesakitan. Dia turut bercuti bagi membantu meringankan tugas dan memberikan sokongan moral.
Puan Widyana Ali berkongsi cerita tentang suaminya sanggup bercuti selama tahun bagi memastikan penyusuan susu ibu buat bayi kembar mereka yang lahir pramatang dapat dilunaskan dengan baik.
Lebih menyentuh hati, suaminya memastikan dirinya dapat menyusukan dengan baik dan ibadah solat tidak terabai. Kisah ini wajar dijadikan inspirasi buat suami-suami lain di luar sana.
HANTAR SUSU
Dulu suami saya ambil cuti setahun sebab menyusu. Ramai orang tanya kenapa cuti lama sangat? Dia jawab “sebab menyusu”.
Memang ada yang pandang sinis dan fikir bukan-bukan bila dengar jawapan tu, tapi dia senyum je. Mereka tak tahu keadaan sebenar. Banyak dugaan yg dilalui untuk sempurnakan 2 tahun penyusuan ni.
BAYI KEMBAR LAHIR PRAMATANG
Anak kembar kami dilahirkan pramatang, Dhia 2.07kg dan Fina 1.73kg. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun pembedahan dilakukan secara emergency.
Tapi Fina kena tahan di NICU selama 3 minggu sebab tak cukup berat. Saya dan baby Dhia dah boleh discaj dari hospital. Fina kena tinggal di hospital..sedih sangat.
Hari-hari suami terpaksa ulang alik dari Cheras ke hospital Putrajaya 2 kali sehari untuk melawat Fina dan hantar susu EBM.
Nasib baik kerja suami sebagai unit trust consultant Public Mutual tak macam orang kerja ofis 9am-5pm, jadi dia boleh ejas masa untuk bersama Fina. Dia batalkan banyak apoimen dengan klien.
Walaupun masih sakit, saya tetap berusaha keras untuk menyusu Dhia dan dalam masa yang sama pump susu untuk dihantar ke hospital. Susah macam mana pun saya bertekad untuk full breasfeed anak kembar kami.
Alhamdulillah Fina boleh keluar hospital masa umur dia 3 minggu.
MAKIN BESAR TWIN MENYUSU BANYAK, KADANG-KADANG TAK CUKUP…
Makin lama makin berat dugaan sebab twin dah mula minum susu banyak dan kadang-kadang macam tak cukup susu tapi saya selalu ulang cakap “tak ape..susu cukup. Kalau kembar 4 pun Allah akan buat susu cukup”.
Paling kritikal masa twin berumur lebih kurang 3 bulan, saya diserang demam panas. Susu merudum dan twin meragam, nangis je memanjang..mama join sekali nangis
Cuba bayangkan dua baby umur 3 bulan menangis lama serentak, sedih tau. Saya buntu, nangis sama-sama sambil menyandar kat dinding. Huwaa..sedih pilu merobek jiwa.
Pastu suami cuba bertindak rasional pergi beli susu formula untuk bagi kat twin supaya saya boleh rehat hingga situasi kembali tenang tapi saya tak setuju dia beli susu formula.
Alhamdulillah suami faham kenapa saya tak nak mula bagi susu formula. Banyak dia berkorban untuk menjayakan misi breastfeed ni, belikan pump yg terbaik, deepfreezer, alatan storage, carikan maklumat dll.
Susu formula yang suami belikan saya buang. Saya pegang prinsip “demand and supply”. Lagi banyak baby demand nak minum lagi banyak susu akan berjaya disupply.
BILA TUMBUH GIGI, MAMA DIGIGIT SAMPAT BERDARAH
Bila twin dah mula tumbuh gigi maka lagi kuat dugaan, dua-dua gigit mama masa menyusu sampai berdarah tapi mama tetap bersabar dan tabah menghadapi kesakitan yang sangat dasyat tu. Sampai kalau sakit sangat mama mengadu pada Allah betapa peritnya kesakitan yg sedang dia alami sambil menangis.
Ya Allah berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Demi kebaikan Dhia dan Fina mama sanggup hadapi semua tu.
Banyak kali mama menangis masa menyusu sebab tahan sakit luka yang agak dalam. Abah pun dah tak tahan tengok, air mata lelaki pun boleh gugur.
SUAMI WALAU PUN TAK BOLEH TOLONG TETAP BANGUN BUAT-BUAT TOLONG
Suami pernah bagitahu dia terfikir nak seludup masuk rumah susu formula dan simpan di stor, bagi kat twin senyap-senyap untuk ringankan beban mama. Tapi tak jadi, takut kantoi nanti mama merajuk lagi susah abah.
Tidur malam memang tak cukup, tiap-tiap jam twin bangun bergilir-gilir. Kadang-kadang berjemaah nangis nak susu. Suami tak boleh nak tolong sebab dia takda susu, so dia bangun buat-buat tolong je lah .
Pagi dan petang pula mama berusaha mengepam utk buat stock. Memang kena disiplin dalam bab ni. Alhamdulillah berjaya kumpul stock sampai hampir penuh deep freezer. Prinsip -demand supply- berkesan.
Tapi sedih, dengan buat semua ni mama hilang banyak peratus keisterian dan peratusan keibuan naik mendadak, maka abah pun kena kurangkan kesuamian dan jadi lebih keBAPAan berbanding sebelum ni 😉
Berbalik cerita pasal cuti setahun tu, suami saya mengajar Bahasa Arab Alquran di masjid di Puchong dan Bangi setiap malam Isnin dan Rabu.
CUTIKAN KELAS BAHASA ARAB YANG DIAJAR UNTUK MENJAGA IBADAH ISTERI
Dia cutikan dua-dua kelas ni sebab pada satu malam masa dia di masjid kat Puchong, saya sms bagitahu tak sempat nak solat magrib, masa tu dah nak masuk isyak. Saya cakap sedih sebab dah banyak kali hampir tak sempat solat maghrib, suami sepatutnya jaga ibadah isteri.
Twin masa tu umur 8 bulan buat perangai minum susu ebm sikit je kat nursery, dua-dua tunggu mama datang ambil lepas habis kerja baru nak qada minum susu direct banyak-banyak. Jadi lepas sampai rumah dekat-dekat nak magrib dua-dua berebut menyusu lama, gilir-gilir hingga nak masuk isyak.
Sampai umur lebih 2 tahun sama je perangai minum sikit je kat nursery. Masa twin nyusu, suami kena jaga seorang twin, kalau tak diorg menangis, kadang-kadang termasuk mamanya join nangis sekali.
Walaupun suami sangat-sangat suka mengajar Arab tapi dia terpaksa cuti dari mengajar untuk support saya menyusu twin, dan pastikan saya boleh solat awal waktu. Dia kata kena utamakan urusan rumahtangga, kalau tak, niat nak buat pahala mengajar agama tapi dapat dosa sebab abaikan ibadah isteri di rumah.
Jika ada orang tanya lagi “kenapa lama sangat ustaz cutikan kelas Arab tu?” Dia akan jawab “menyusu”, ikutlah diorang nak fikir apa pun dia tak kesah .
Alhamdulillah Dhia dan Fina berjaya fully bf hingga umur 3 tahun.
Sumber: Widyana Ali