loading...

Mak Ayah Selalu Membanding, Ugut & Tengking Tak Sedar Sedang Besarkan Seorang Pembuli

Sedih mendengar kesan daripada perbuatan buli hingga ada yang menyebabkan kematian. Tahukah anda sebenarnya boleh diserap diserap daripada cara asuhan ibu ayah di rumah.

Saban hari mendengar kisah anak-anak membuli sama ada di peringkat sekolah menengah dan rendah. Jika tidak dibendung awal boleh membawa kesan ke peringkat yang lebih tinggi seperti di instutusi pengajian tinggi dan tempat kerja.

Perkongsian daripada Ibu Rose ini boleh dijadikan panduan. Ingat mama papa, elakkan melakukan 7 kesilapan mendidik ini!

7 PUNCA HATI ANAK KECIL PENUH BENCI DAN CEMBURU!

“Kakak, minta maaf balik kat adik. Kalau tak nak, mama tak nak kawan kakak.”

“Kakak ni, cubalah tengok Amirah tu. Dia lagi rajin dari kakak. Mama nampak dia selalu tolong mak dia buat keje kat rumah tu.”

“Cepat siap. Kalau lambat, mama tinggal.”

Opss….inilah skrip-skrip yang boleh meruntuhkan keyakinan dan kebahagiaan anak-anak. Tanpa kita sedari, kita sedang merosakkan ‘diri’ anak sendiri. Nauzubillah.

Mari Ibu, kongsikan satu kisah berkenaan topik hari ni.

Satu ketika Ibu mendapat berita dari anak Ibu bahawa cucu Ibu Miea ketika itu 5 tahun dibuli oleh salah seorang kawannya. Kanak-kanak itu bukan sahaja membuli fizikal, malah mental juga.

Dia mengatakan, emak Miea miskin, itu sebab tidak pakai make-up. Dan sebab miskin sangat, maka emak Miea sampai tidak boleh membeli pampers dan baju. Jadi adik Miea tidak berbaju…banyak lagi cercaannya.

Bayangkan, budak sekecil 5 tahun sudah pandai berkelakuan begini! Bila Ibu mendengar akan keadaan ini, maka hati Ibu tertanya apakah yang telah dan sedang dilalui oleh anak ini sehingga dia melakukan kutukan begitu kepada kawan-kawannya?

Kita mesti ingat anak itu baru 5 tahun dan hatinya sudah ‘tercedera’ seperti ini. Tentu yang paling terasa di hati Ibu, emak dan emak saudara Miea ialah kasihan anak kecil ini. Hati anak-anak kecil selalunya kudus dan bersih. Hati anak kecil ini penuh cemburu dan benci, mengapa?

Tahukah anda apa sebab-sebab anak-anak kecil boleh menjadi seperti ini?

1-Ditengking
Terlalu kerap ditengking dan dimarah yang melebihi sehingga menjadikan hormat dan harga diri anak itu terancam.

2- Dibanding
Terlalu kerap dibanding dengan orang lain dan dia senantiasa merupakan yang tidak baik dan kalah.

3- Manjakan berlebihan
Terlalu dimanjakan sehingga dia tidak tahu menghargai hati orang lain. Kerana kehendak dia sahaja yang diikuti.

4-Dibuli
Terlalu kerap dibuli oleh orang lain. Dikutuk dan dihina.

5-Pergaduhan
Keluarga yang sering bertekak, bergaduh da diantara satu sama lain.

6-Tidak rasa disayangi
Tekanan emosi kerana dia tidak merasa disayangi.

7-Sayang bersyarat
Dia dikasihi dengan bersyarat. “Kalau kamu tak buat, mak tak sayang”. Terlampau kerap diugut.

Nak marah anak-anak boleh. Namun, jangan sampai hitamkan hatinya. Inilah jadinya bila hati anak sudah cedera. Past forward 30 tahun lagi dan semasa itu anda sudah tua dan hati anak itu masih cedera dan bertambah hitam. Agak-agaknya bagaimana kelakuannya kepada anda dan orang lain?

Kita akan dibalas setiap apa yang kita buat termasuklah kepada anak-anak kita. Jika sering sangat mengugut, memarahi dan menghukum berlebihan maka natijahnya adalah sesuatu yang kita akan sedih dan kesali.

Jadilah Ibu bapa yang bijak dan mengambil langkah mengelakkan 7 perkara di atas.

Sumber: Ibu Rose- Mesejnya Kasih

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...