
BINTULU: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini melancarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sarawak di Dewan Suarah Bintulu, di sini.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Pemimpin BERSATU yang hadir termasuk Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Naib Presiden, Datuk Abdul Rashid Ansari; Setiausaha Agung, Datuk Marzuki Yahya; Ketua Srikandi, Datuk Seri Rina Harun serta anggota Majlis Pimpinan Tertinggi dan penyelaras BERSATU Sarawak, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.
Dr Mahathir adalah Pengerusi Pakatan Harapan dan pakatan itu turut dianggotai DAP, PKR, serta Parti Amanah Rakyat (AMANAH).
Ini adalah lawatan kali pertama Dr Mahathir ke bandar minyak dan gas ini sejak beliau kembali sebagai Perdana Menteri buat kali kedua selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lalu.
Beliau dijadual kembali ke ibu negara pagi esok.

Permohonan Anwar Ditolak! Hakim Putus Soal Imuniti ...

Pengampunan Anwar Tidak Sah? Jabatan Peguam Negara ...

#hiburan: Yusry Lebih Banyak Crush Wanita, Norma ...

China Sedang Uji Menara Penapis Udara Terbesar Di ...