loading...

Pemuda BERSATU Serah Memorandum Desak Waytha Dipecat Kepada Tun M

KUALA LUMPUR: Pemuda Bersatu telah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bagi menggesa pengguguran P Waythamoorthy sebagai menteri.

Menurut sumber dalaman Bersatu, memorandum itu diserahkan di pejabat Mahathir – yang juga pengerusi Bersatu – hari ini.

Antara sebab yang dinyatakan mereka bagi menggesa pemecatan Waythamoorthy adalah beliau selaku menteri bertanggungjawab terhadap soal perpaduan dilihat gagal meredakan ketegangan kaum dalam isu Kuil Sri Maha Mariamman dan Subang Jaya hujung bulan lalu.

Waythamoorthy juga disebut sebagai menyalahkan polis kerana didakwa tidak mengendalikan isu itu dengan baik, dan gagal meminta maaf berhubung video sepuluh tahun lalu yang memaparkannya dalm satu wawancara mengkritik apa yang disebutnya sebagai diskriminasi terhadap kaum minoriti, terutama India.

Difahamkan Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut ada ketika penyerahan memorandum itu.

Waythamoorthy menerima tekanan pelbagai pihak – termasuk dalam Pakatan Harapan (PH) – untuk meletakkan jawatan susulan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dua hari lalu.

Allahyarham cedera parah ketika bertugas semasa kekecohan di kuil itu.

Selain itu, pungutan suara atas talian yang mendesak perkara sama juga telah mengumpul lebih 300,000 tanda tangan.

Sebelum ini, Waythamoorthy bersama tiga lagi menteri – M Kulasegaran, Gobind Singh Deo dan Dr Xavier Jayakumar – antara lain mendakwa polis tiba lambat di tempat kejadian ketika kekecohan tercetus.

Berkenaan rakaman video itu pula, Waythamoorthy menjelaskan ia dinyatakan dalam konteks yang sangat berbeza.

Previous
Next Post »
loading...