
KUALA LUMPUR: PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia untuk mendoakan kesembuhan
Adib parah dipukul dalam rusuhan di kuil Sri Mahamariaman di Subang Jaya bulan lalu.
“Marilah kita ramai-ramai mendoakan agar Adib cepat sembuh. Semoga keluarganya tabah mengharungi cabaran ini,” kata Anwar dalam posting di Twitternya hari ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Institut Jantung Negara pada pagi Ahad, kesihatan Muhammad Adib semakin merosot dengan fungsi paru-parunya yang menurun tahapnya.
“Selepas penilaian yang teliti, tisu-tisu pada paru-paru menunjukkan tanda ia semakin mengeras. Pada masa ini, fungsi renal juga tidak menunjukkan penambaikan di mana beliau masih memerlukan sokongan dialisis yang berterusan.”
Jelas kenyataan itu, Muhammad Adib masih dalam fasa kritikal dan ini menyebabkan semua lawatan ke atasnya dihadkan.
IJN juga meminta semua rakyat Malaysia mendoakan Muhammad Adib kembali pulih.

#hiburan: Mata Wang Jatuh Mendadak, Lebih 2 Juta P ...

Akta Jalur Gemilang: Memartabatkan Lambang Kedaula ...

Polis Rakam Keterangan Pengawal Keselamatan Lepask ...

Anak Raja Ilya Beri Ucapan Raya, Netizen Terhibur ...