
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan menerima laporan dakwaan rasuah
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata laporan tersebut telah dibuat pada Jumaat lalu.
“Ya. Memang ada ‘report’ dibuat kepada SPRM. Jadi, kita akan lihat kepada ‘report’ ini dan sekiranya memang ada unsur-unsur rasuah, SPRM akan menjalankan siasatan.
“Baru sahaja diterima Jumaat… Jadi tindakan akan diambil secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Laporan terhadap Ahmad Zahid itu dibuat di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.
Ia mendakwa Presiden UMNO itu telah menyogok anggota-anggota parti itu bagi memenangi jawatan presiden sewaktu pemilihan parti.
Laporan itu turut menyatakan mempunyai nama-nama saksi terlibat termasuk bukti-bukti seperti gambar dan dokumen.

Penceroboh Haram Musang King Raub Sekat Laluan Peg ...

Prn Sabah: Bn Dan Ph Bergabung! Harap Calon Menang ...

Tun M Hadir Ke Masjid Negara, Beri Penghormatan Te ...

Wanita Dakwa Dipukul Pemandu E-hailing, Marah Kera ...