loading...

Pa&Ma TV: “Tidak Terkejut Bila Dengar Bunyi Kuat Mercun, Rupa-Rupanya…” Ibu Kongsi Pengalaman Anak Bermasalah Pendengaran

Dalam rancangan TV Pa&Ma, ibu berkongsi info tentang saat awal anaknya didiagnosis masalah pendengaran. Tidak terkejut apabila menengar bunyi kuat mercun serta beberapa simpton lain menjadi tanda-tanda awal yang dikenalpasti.

Puan Noor Liza binti Ishak, ibu kepada adik Noor Yasmeen binti Shahar, 9 tahun mengalami masalah pendengaran sejak lahir, dengan keadaan telinga kanan profound, manakala telinga kiri severe.

Liza yang tampil dalam rancangan TV Pa&Ma episod Mendidik Anak Pekak & Bisu berkata  sejak berumur 3 bulan, Yasmin telah membuat tiga kali saringan di Hospital Klang dan disahkan mempunyai masalah pendengaran pada umur 9 bula. Bukan itu sahaja, Yasmeen juga mempunyai Leukodistrophy pada bahagian otaknya.

BUNYI KUAT MERCUN TIDAK MEMBUATNYA TERKEJUT

“Pada mulanya kami suspect, yasmeen ada masalah pendengaran bila dia tidak menunjukkan respon terkejut bila bunyi kuat seperti mercun, sedangkan orang lain menutup telinga, tetapi Yasmeen biasa-biasa saja Apakah tanda-tanda yang ditunjukkan Yasmin?

Pada umur 4 bulan, semasa follow up dengan Klinik Ibu & Anak, mereka Membuat saringan pendengaran, tetapi Yasmeen tidak memberikan respon positif.

Pada umur 9 bulan, Yasmeen masih belum boleh meniru sebutan “da… ma…. ba…” lalu ini menyebabkan anak kecil ini perlu dirujuk ke Hospital Besar.

PENDIDIKAN DITERUSKAN 

Pada awal persekolahan, masa berumur 5 tahun,  Liza dan suami memasukkan Yasmin ke Tabika Kemas dan kemudian menukarkannya ke Prasekolah Khas sehingga kini bersekolah di di Sek. Keb. Pendidikan Khas  Selangor, Shah Alam. Kini Yasmeen menuntut di tahun 2.

ALAMI GROSS MOTOR DELAY

Sejak dilahirkan, Yasmeen mempunyai bebeberapa  appoinmen di klinik pakar hospital, antaranya Klinik Kanak-Kanak dimana perkembangan beliau dipantau kerana masalah gross motor delay, Yasmeen tidak seperti anak normal lain yang mengikut step perkembangan biasa.

Yasmeen tidak meniarap, pada umur 4 bln, tidak boleh duduk sendiri pada umur 10 bln, tidak merangkak, dan benar2 boleh berjalan pada umur 1 thn 7 bln selepas menghadiri fisioterapi dan terapi carakerja di Hospital Klang.

Yasmeen juga mempunyai appoimen untuk  mata, kerana mengidap silau rendah. Tapi sekarang sudah didiscaj dari klinik Mata. Masih lagi mempunyai temujanji dengan ENT, terapi pertuturan dan juga Audiology untuk masalah pendengaran dan pertuturannya. Pernah dirujuk ke Pusat perkembangan kanak2 di HUKM untuk menilai kognitifnya dan sekarang telah di discaj.

IBU BAPA PERLU PEKA PERKEMBANGAN ANAK 

Liza turut berkongsi tip penting. “Sebagai ibu bapa, kita harus tahu carta perkembangan dan peka terhadap perkembangan anak kerana dari situ barulah kita dapat membuat pengesanan ketidaknormalan dan rawatan serta rehablitasi dapat diberikan dengan awal.

“Pada masa kami menerima berita Yasmeen tidak boleh mendengar, kami telah meredhakannya, kami kena kuat dan tabah, sebab kalau kita tak kuat, anak akan lebih terkena kesan, mungkin pengabaian.

“Saya banyak membaca dan mencari informasi di internet mengenai pekak. Mengikuti saranan doktor, kerana mereka lebih tahu alat-alat yang boleh bantu pendengaran. Kini terdapat teknologi moden seperti koklea implan untuk membantu anak2 masalah pendengaran mendengar.

JANGAN SEGAN BERTANYA

Jangan segan untuk bertanya dengan ibubapa yang lebih senior yang mempunyai anak pekak. Boleh bertanya kan tips dan pengalaman mereka menjaga dan membesarkan anak-anak istimewa ini.

GILAP BAKAT ANAK

Sertai persatuan atau kelab-kelab NGO yang ada. Seperti Persatuan Hear Me , Persatuan Orang-Orang Pekak. Walaupun anak pekak, mereka juga ada bakat dan kelebihan lain, yang ibu bapa kena cari dan gilap, kanak-kanak pekak juga boleh berjaya dan bersosial seperti kanak-kanak normal,

Anak yang mengalami pekak dan bisu boleh dididik kebolehannya. Bagaimana caranya? Ikuti perkongsian daripada pakar & ibu bapa dalam rancangan TV Pa&Ma yang bertajuk “Mendidik Kebolehan Anak Pekak & Bisu” jam 12 tengah hari & ulangan 9 malam di slot Dewi (Astro Prima [105] & Astro Maya HD [135]) pada Selasa, 18 Disember 2018.

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...