Jahitan bersalin terbuka memang menakutkan. Bagi yang pernah mengalaminya mesti akan panik dan trauma. Ini biasa berlaku kepada yang baru pertama kali bergelar ibu.
Sebenarnya episiotomi dan ceasarean adalah dua jenis luka yang memerlukan penjagaan sepanjang waktu lepas bersalin. Dalam tempoh dua minggu lepas bersalin risiko luka ini terbuka sangat tinggi.
Sebab itu, ibu kena lebih berhati-hati dan jangan terlalu lasak. Berjalan pun mesti kena beringat. Bagi yang menjalani proses ceaser luka di bahagian tersebut pun kena jaga sebaiknya kerana risiko untuk jangkitan kuman boleh berlaku.
Berikut perkongsian dari Dr Hana untuk peringatan semua ibu dan tip yang perlu dilakukan untuk mencegah luka bersalin terbuka.
LUKA SAYA TERBUKA!
Bekerja di klinik ibu dan anak, Dr Hana banyak terima rujukan kes episiotomy dan luka bersalin yang terbuka semula. Yang Dr Hana terpaksa jahit semula pun ada.
Seorang ibu yang baru 7 hari bersalin dirujuk kepada Dr Hana dengan episiotomy wound gapping. Bila diperiksa, semua benangnya dah tertetas sebelum sempat lukanya bercantum.
Tak sempat Dr Hana tanya, beliau sendiri mengaku dah guna D***** untuk cuci luka. Mungkin tak serasi, atau cecair antiseptik tu tak dilarutkan dulu sehingga boleh menghakis benang jahitannya.
Sakit bersalin pun masih terasa, lepas tu sakit pula sebab luka terbuka semula. Semoga Allah membalas pengorbanan dan kesabaran ibu-ibu semua dengan ganjaran berlipat ganda.
Secara umumnya luka episiotomi/jahitan bersalin akan sembuh dalam tempoh 2-4minggu. Benang yang digunakan adalah absorbable sutures yang akan larut sendiri tanpa perlu dibuang setelah luka sembuh.
Jangan lupa share dan tag ibu-ibu yang bakal dan baru bersalin
Sumber: Dr Hana