loading...

Ahmad Maslan Muncul Dengan Resepi Nasi Goreng Petai

KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini nasi goreng timun bebas GST Datuk Seri Ahmad Maslan menjadi bualan, penutup 2018, bekas timbalan menteri itu muncul dengan nasi goreng petai pula.

Berkongsi gambar di akaun Twitter miliknya, Ahmad berkata, ia merupakan sarapan akhir tahunnya, sambil menghuraikan resepi nasi goreng yang dimasaknya sendiri itu.

“Petai jangan dikupas, daging, telur, bawang, halia, lada, garam dan minyak sawit,” tulisnya di posting itu yang mencuti hati pengguna laman sosial.

Ahli Parlimen Pontian itu kemudiannya menyatakan, 2018 merupakan tahun yang amat mencabar dalam hidupnya.

“Namun, syukur masih boleh tersenyum, dengan ingatan, ‘ada aku kisah apa yang engkau orang cakap?'” katanya.

Status tersebut turut mendapat perhatian Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.

“Kenapa tak perlu kupas petai?” soal ahli Parlimen DAP itu di ruangan komen.

Netizen juga rata-rata membanjiri ruangan komen.

Ada yang menyarankankan pemimpin UMNO itu dijemput menyertai rancangan masakan di televisyen sementara ada yang mencadangkan pemimpin UMNO itu menulis buku masakannya sendiri.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar pernah berkata Ahmad memainkan peranan signifikan dan perlu terus berada di blok pembangkang.

Beliau menyifatkan, Ahmad akan mempunyai peluang yang cerah menjadi pembangkang yang hebat sekiranya terus bersama Barisan Nasional (BN).

Previous
Next Post »
loading...