loading...

Tun M Ketuai Senarai 500 Individu Islam Paling Berpengaruh 2019

KUALA LUMPUR: TUN Dr Mahathir Mohamad dipilih sebagai Muslim Man of the Year oleh penerbitan The Muslim 500 bagi tahun 2019.

Menerusi edisi 2019 yang dikeluarkan sempena ulangtahun ke-10 penerbitan itu, Dr Mahathir berada di tangga teratas, mengetuai senarai 500 individu Islam terhebat dunia.

Kejayaan beliau memimpin Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14, sekali gus bergelar Perdana Menteri kali kedua selepas pemerintahan cemerlang selama 22 tahun sebelum ini, menjadi ciri istimewa beliau.

Dr Mahathir disifatkan individu satu dalam sejuta yang memacu Malaysia sehingga menjadi Harimau Ekonomi bagi Asia Timur pada era pemerintahan terdahulu, selain mempunyai prinsip kepimpinan yang digeruni kawan dan lawan.

Turut berada dalam senarai itu ialah Raja Abdullah II dari Jordan, Presiden Indonesia Joko Widodo dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.

Sementara itu, bagi wanita Islam paling berpengaruh pula, gelaran Muslim Woman of the Year diberi kepada Ahed Tamimi, 17 tahun, remaja Palestin yang dikenali kerana keberaniannya menampar tentera Israel pada Disember 2017.

The 500 Most Influential Muslims adalah penerbitan tahunan yang pertama kali diterbitkan pada 2009, yang mengiktiraf individu Islam paling berpengaruh di dunia.

Ia disusun oleh Pusat Pengajian Strategik Diraja Islam yang berpusat di Amman, Jordan.

Previous
Next Post »
loading...