loading...

Pelancaran Naylors Coleslaw Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Penggemar coleslaw kini berpeluang merasai keluaran terbaharu makanan sampingan itu dari syarikat United Kingdom, Naylors yang sudah bertapak sejak tahun 1909.

Malaysia dan Singapura antara negara pertama dipasarkan produk coleslaw baharu ini dengan memperkenalkan 5 perisa utama yang bersesuaian dengan citarasa rakyat di negara ini, antaranya original, chipotle (cili), cheese, reduced fat (rendah lemak) serta potato salad.

Produk keluaran dari United Kingdom ini mendapat sijil status Halal Eropah.

Naylors adalah pengeluar terbesar kobis di United Kingdom yang membekalkan kobis yang rangup dan manis ke seluruh Eropah malah kobis Naylors turut digunakan dalam pembuatan coleslaw Kentucky Fried Chicken (KFC) di rantau ini.

Peminat coleslaw boleh mengunjungi pasaraya besar seperti Cold Storage, Village Grocer, Aeon serta Ben’s Independent Grocer (B.I.G) di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang serta di Johor Bahru dan berpeluang menikmati promosi istimewa Coleslaw Naylors bermula dari jumaat hingga ahad ini.

Coleslaw mula diperkenalkan pada kurun ke-18, namanya diambil dari bahasa Belanda iaitu ‘koolsla’ yang bermaksud kobis dan salad, malah cara pembuatan coleslaw dijumpai di dalam sebuah buku resipi The Sensible Cook: Dutch Foodways in the Old and New World yang diterbitkan pada tahun 1770!.

Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari laman web https://ift.tt/2RVQ0HV atau boleh layari video promo produk di https://www.youtube.com/watch?v=hQaxceAwBv8

Previous
Next Post »
loading...