
Kehangat cinta Zul Ariffin dan Neelofa dalam drama terbaru, Ti Amo Sweetheart 100 Hari terus membara apabila peminat seolah merestui hubungan mereka diteruskan. Malah setiap gambar mesra mereka juga mencairkan hati peminat.
BACA: Peminat Mula Cipta Hashtag Untuk Zul Ariffin, Neelofa
Bagi Zul pula, ini bukanlah pengalaman pertama beliau diminta ‘bercinta’ dengan heroin gandingannya. Jadi kali ini tidak hairan peminat mencipta hashtag Zulofa kerana chemistry diantara mereka cukup kuat.
“Ini bukan kali pertama, bila drama dapat sambutan ia akan terjadi, sebelum
“Itu diluar kawalan saya dan kita sebagai pelakon hanya menjalankan tanggungjawab sebaiknya. Kami ada chemistry yang okay dan tak rasa pelik atau janggal. Sebelum shooting, kita duduk berbincang supaya tak adalah nanti kekasih atau keluarga marah”
Untuk pengetahuan drama terbaru lakonan Zul dan Neelofa masih belum ditayangkan namun sudah berjaya menambat hati peminat dengan kemesraan mereka berdua. Selain memuji kesepadanan mereka, ada juga berharap mereka bercinta terus di luar set penggambaran! (rtky/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Bapa Berang Anak Dilanggar, Serang Pemandu Wanita ...

Warga Emas 93 Tahun Uji Kereta Autonomi Nissan, Ka ...

Dakwaan Hina Agama & Gugat Ketenteraman Awam, ...

2 Maut Nahas Motosikal Bertembung ...