
Setelah hampir empat tahun berpenat lelah bekerja, akhirnya Ruhainies boleh tersenyum lebar apabila impiannya untuk memiliki rumah sendiri dan kereta mewah jenama Mercedes, akhirnya tercapai.
BACA: Ruhainies Belum Mahu Bergelar Isteri Orang
“Alhamdulillah, berkat usaha dan kerja keras, saya sudah mampu memiliki rumah dan kereta sendiri. Akhirnya penat lelah selama ini berbayar dan puas hati kerana dua impian ini memang sudah lama saya impikan”
Menurut Ruhainies kereta mewah dan rumah yang dibeli itu bukanlah kegunaan beliau seorang
“Saya beli rumah dan kereta ini bukan untuk saya guna seorang, tetapi untuk keluarga. Jadi selepas ini bolehlah mereka pindah ke rumah saya di Shah Alam. Rezeki ini adalah atas doa ibu bapa, jadi mereka juga harus merasa apa yang saya perolehi ini.” katanya kepada m Star Online.
Sejuk hati mendengar kata-kata Ruhainies, sudahlah cantik, tapi juga anak yang baik membalas jasa ibu bapa membesarkan. Bertuah badan andai ada jejaka sudah memiliki hati Ruhainies ni. (rtky/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Siapa Maxime Bouttier? Ini 8 Fakta Menarik Suami L ...

Pentas Makin Panas Bila Dua Tersingkir Sekaligus, ...

Audi Wujudkan Jenama Untuk China, Nama Ringkas Aud ...

Yamaha Tracer 9 Gt+ Y-amt Abs 2025 Masuk Jepun! Mo ...