loading...

“Selebriti Hidup Seperti Dalam Sangkar”

Mungkin kontroversi Neelofa dikecam gara-gara melancarkan tudung di kelab malam, Nazim Othman terpanggil untuk berkongsi sisi gelap hidup sebagai selebriti. Jelas Nazim, selebriti juga manusia biasa yang mempunyai kelemahan dan ketidaksempurnaan yang kadang-kala terdedah.

BACA: Selalu Melancong, Nazim Othman Boros & Tak Laku?

Menerusi Instagram, Nazim ingin mengikis persepsi masyarakat yang menganggap selebriti harus tampil sempurna dari semua segi bagaikan robot yang dikawal demi menjaga reputasi di media sosial.

Malah katanya, netizen hanya laju menghentam apabila selebriti melakukan salah laku tapi tidak menghargai hasil kerja penat lelah mereka. Nazim juga menepis perspektif ‘Artis Milik Masyarakat’ kerana menganggap ia sepatutnya berkaitkan dengan kerjaya sahaja dan bukan hal peribadi.

Sempat juga Nazim menyelit kes bunuh diri di kalangan selebriti akibat terlalu tertekan untuk memenuhi kehendak masyarakat yang ingikan idola mereka sempurna di mata. Tidak hairanlah di negara luar juga banyak kes bunuh diri.

Dalam sungguh pendapat Nazim, rata-rata di Instagram ramai selebriti turut sama repost kenyataan beliau tanda setuju. Di ruangan komen, perasan juga adik kepada Neelofa, Ameera Khan komen bersetuju. Hmmm (rtky/w)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...