loading...

10 pahlawan terhebat dalam sejarah tamadun purba (Bahagian 2)

Artikel ini merupakan sambungan daripada Bahagian 1. Anda boleh klik di sini sekiranya anda masih belum membaca artikel tersebut.

Sejarah dunia banyak terbentuk melalui peperangan dan melalui sejarah juga kita dapat mengenali tokoh perang yang masyhur sehingga ke zaman moden ini. Ini sebahagian di antara panglima perang yang terkenal sepanjang zaman:

6. Xiahou Dun 

Xiahou Dun memberikan sumpah setianya kepada Raja Cao Cao, seorang raja yang kejam namun bijak dalam pentadbirannya. Dengan kehebatan bertarung serta kesetiaannya, Xiahou Dun mendapat banyak pangkat di dalam kerajaan sehingga dinaikkan menjadi ketua tentera.

pahlawan terhebat sepanjang zaman

Dia pernah membunuh orang yang mencela gurunya ketika hanya berusia 13 tahun. Dalam salah satu peperangan yang dimenanginya, sebelah matanya telah terkena panahan musuh. Dia kemudian mencabut anak panah itu dengan tangannya kemudian memakan matanya yang cedera itu. Melihat keadaan mengerikan itu, musuh menjadi takut sehingga dia digelar “Pahlawan Mata Satu”. Banyak pertempuran dengan musuh dan pemberontak yang berjaya dimenangi di bawah pimpinannya. 

7. Pyrrhus of Epirus 

Pyrrhus merupakan seorang panglima perang Yunani yang terkenal semasa zaman Hellenistic. Dia bukanlah seorang raja yang hebat, malah pernah digulingkan sebanyak dua kali. Namun, kehandalannya berperang menjadikannya seorang yang disegani. Tidak ada apa yang dapat menghalangnya dalam sebuah pertarungan. Walaupun anak sulungnya terkorban di dalam satu pertempuran, dia masih tetap meneruskan peperangan yang berikutnya selepas itu. 

pahlawan terhebat sepanjang zaman 2

Pyrrhus merupakan ancaman yang terhebat kepada kerajaan awal Rom. Dipercayai sejarah tidak akan menjadi seperti sekarang jika Pyrrhus tidak dibunuh. Pernah memenangi banyak perperangan, dia menyahut panggilan Tara, sekutunya untuk berperang dengan Rom. Dia kemudian menghantar bantuan perang yang banyak dan menang dalam dua pertempuran dengan Rom. Namun begitu, ramai tentera mereka yang mati dan kehabisan bekalan. Sehingga hari ini istilah “Kemenangan Pyrrhus” digunakan bagi menunjukkan kemenangan yang merugikan. 

8. Musashi Miyamoto 

Musashi Miyamoto merupakan seorang pelukis, penulis dan “Ronin” iaitu seorang pahlawan samurai yang tidak bertuan. Dilahirkan pada tahun 1584, dia dibesarkan oleh bapa saudaranya di sebuah kuil Buddha. Dia juga terkenal disebabkan strategi penampilannya berbaju buruk dan dikhabarkan dia pernah tidak mandi untuk tempoh yang lama kerana tidak mahu diserang musuh ketika sedang leka mandi.

pahlawan terhebat sepanjang zaman 4

Semasa Musashi berusia 13 tahun, dia menerima tawaran terbuka Arima Kihei untuk bertarung dan mengalahkan Kihei yang berketinggian 6 kaki itu. Pada usianya mencecah 16 tahun iaitu umur ideal bagi seorang pahlawan memulakan pertarungan pertama, dia telah meninggalkan kuil untuk memulakan misi menjadi pahlawan terhebat. Banyak pertarungan yang telah dimenangi dalam penjelajahannya. 

Setahun kemudian, dia membantu puaknya berperang namun kalah dan Musashi dilaporkan berjaya melarikan diri dan menghilang seketika untuk berlatih agar lebih mahir lagi. Dia kemudian membuat kemunculan semula pada usia 21 tahun apabila mencabar sekolah Yoshioka untuk beradu kekuatan. 

pahlawan terhebat sepanjang zaman 3

Ketua sekolah iaitu Yoshioka Seijuro menerima cabarannya. Musashi tiba lewat untuk pertarungan membuatkan Seijuro berang. Musashi menang dengan hanya satu serangan. Kemudian adik Seijuro, Yoshioka Denshinciro pula mencabar Musashi untuk membalas dendam. Musashi menerima cabaran namun sekali lagi tiba lewat dan berjaya mengalahkan Denshinciro. 

Akhirnya tinggal pewaris termuda, Yoshioko Matashinciro berumur 12 tahun yang mencabarnya dan mengatur untuk menyerang hendap Musashi. Namun, kali ini Musashi mengubah caranya. Dia tiba lebih awal dan berjaya menyelinap masuk ketika musuh sedang bersiap lalu berjaya membunuh Matashinciro. Ketika cuba meloloskan diri dari sekolah itu, dia terpaksa menggunakan dua bilah pedang bagi melawan bilangan musuh yang ramai. Dari situlah Musashi mula memperkembangkan gaya pertarungan menggunakan dua bilah pedang yang telah dibukukan sehingga menjadi satu teknik yang masyhur.

9. Genghis Khan

Pengasas Empayar Mongol ini memang tidak asing lagi kerana kemasyhuran pemerintahan serta kekejamannya dalam berperang. Kaum Mongol mahir berburu dan antara penunggang kuda terbaik. Mereka dididik untuk melihat musuh sebagai binatang buruan mereka. Genghis Khan juga menggunakan tawanan sebagai perisai manusia dan pernah menyeksa mereka di hadapan kota musuh sebagai serangan psikologi.

pahlawan terhebat sepanjang zaman 5

Setiap kota musuh yang dijajah tidak akan dibiarkan sesiapapun hidup walaupun anjing atau kucing sekalipun. Mereka sentiasa akan datang kembali selepas beberapa hari untuk membunuh saki-baki penduduk yang terselamat. Seorang pengembara terkejut apabila menjumpai timbunan tulang dan tengkorak manusia setelah beberapa bulan Zhongdu (kini Beijing) diserang Genghis Khan. 

Ketika menantu kesayangannya Toquchar mati, dia menuntut bela dengan membunuh seluruh kota musuh yang dianggarkan seramai 1.7 juta orang. 

pahlawan terhebat sepanjang zaman 6

Pernah ketika dia menjajah Rusia, dikumpulkan kesemua panglima dan keluarga diraja yang tewas dan dipaksa berbaring. Kemudian dia meletakkan pintu kayu yang besar di atas mereka, meja dan kerusi di atasnya untuk mengadakan jamuan kemenangan. Mereka bergelak ketawa sementara mangsa di bawahnya mati dilenyek. 

Bukan setakat di situ sahaja, dia pernah juga menawan kerajaan Khwarezma dan menyuruh tenteranya menggali dan mengalihkan sungai yang melalui kawasan kelahiran raja Khwarezma itu supaya lenyap dari peta dunia. Dia juga pernah hampir melenyapkan satu kaum sekutunya apabila enggan memberi bantuan kepadanya dalam satu peperangan. 

10. Alexander The Great 

pahlawan terhebat sepanjang zaman 8

Berjaya menaiki takhta kerajaan Mecedonia seawal usia 20 tahun yang diambil alih daripada bapanya Philip II, Alexander merupakan salah seorang anak murid Aristotle yang masyhur dan berjaya menguasai sebahagian kuasa besar dunia termasuk Parsi, India, Mesir dan lain-lain lagi.

Namanya tercatat sebagai raja dan penakluk Yunani purba yang terhebat di seluruh pelosok dunia kerana kekuasaannya meliputi hampir lebih separuh dari kawasan muka bumi. Alexander tidak pernah menyerah kalah dan dianggap komander perang terbaik sepanjang zaman. Dia berjaya memulakan sesuatu yang dianggap mustahil oleh raja dan pahlawan lain. 

pahlawan terhebat sepanjang zaman 7

Ini dibuktikan apabila dia berjaya membawa bala tenteranya menjejakkan kaki buat pertama kali di India setelah menyeberang sebahagian besar lautan. Meskipun terkejut kerana pertama kali bertempur dengan tentera bergajah di dalam hutan yang sangat tebal, Alexander berjaya memenangi beberapa pertempuran darinya. 

Taktik perangnya masih diajar di kebanyakan sekolah tentera sehingga ke hari ini. Maka, tidak hairanlah jika dia dianggap sebagai pemerintah yang paling berjaya sepanjang tamadun Yunani purba.

Previous
Next Post »
loading...