loading...

Korea Utara Setuju Tiada Ujian Peluru Berpandu

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata hari ini, Korea Utara berjanji tidak akan melancar ujian peluru berpandu sehingga selepas pertemuan yang dicadangkan dengan pemimpinnya, Kim Jong-Un berlangsung.

“Korea Utara tidak melancarkan ujian peluru berpandu sejak 28 November 2017 dan berjanji tidak akan melakukannya sepanjang rundingan kami. Saya percaya mereka akan menghormati komitmen itu!” kata Trump di Twitter.

Kenyataan Trump sejajar dengan apa yang dinyatakan oleh seorang pegawai Korea Selatan Khamis lalu berhubung kemungkinan rundingan itu berlaku. Walau bagaimanapun, Trump tidak menyebut mengenai ujian nuklear di dalam tweetnya.

Masih tidak jelas pertemuan mana yang dimaksudkan Trump atau masanya yang tepat. Awal minggu ini seorang pegawai kanan Korea Selatan berkata bahawa Trump bersetuju dengan jemputan dari Jong-Un untuk bertemu pada Mei.

Rumah Putih dikritik hebat kerana bersetuju untuk berbincang dan menjawab kritikan itu Jumaat lalu dengan memberi amaran bahawa pertemuan itu tidak akan berlaku selagi Pyongyang mengambil tindakan konkrit ke atas program nuklearnya. – Reuters/BH ONLINE

Loading...

Previous
Next Post »
loading...