loading...

Farid Kamil Jawab Dakwaan Alami Masalah Mental

farid kamil jawab dakwaan alami masalah mental

Kredit foto: New Straits Times

Aktor dan sutradara, Datuk Farid Kamil menangkis dakwaan mempunyai masalah mental.

Farid bagaimanapun berkata, dia ada menjalani pemeriksaan kesihatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejurus selepas dibebaskan tempoh hari.

"Saya di bawa ke sana kerana menjalani proses pemulihan membuang racun yang ada di dalam badan.

"Saya juga ditahan kerana badan saya mengalami kekurangan air selain berat badan susut secara drastik," katanya di sidang media khas yang berlangsung di The Loft Event Space, Setia Alam pada Rabu.

Menurutnya, hasil rawatan doktor juga tidak mendapati sebarang masalah kesihatan mental pada dirinya.

"Saya memaklumkan kepada keluarga yang saya berada dalam keadaan baik, cuma saya diracuni.

"Selepas pemeriksaan, doktor juga sahkan tiada unsur-unsur itu dalam diri saya," katanya.

Lagi pula, peguam Farid iaitu Faizul Mohd Nasir berkata, anak guamnya itu tidak pernah menyuarakan kenyataan secara peribadi berkenaan kesihatan mentalnya.

"Sewaktu di tahan di lokap, adalah perkara biasa bila orang membuat pelbagai spekulasi.

"Lagipun, masing-masing berada dalam keadaan terkejut. Kesimpulannya, anak guam saya memang tiada masalah mental," katanya.

Dalam pada itu, Farid memberitahu parut kekal yang berada di dahinya kini telah menjejaskan keyakinan diri hingga terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon.

"Saya ada terima beberapa tawaran berlakon cuma saya tak boleh buat kerana wajah saya mengalami kecederaan yang nyata.

"Parutnya kelihatan sangat jelas dan ia tak boleh ditutup walaupun dengan teknik solekan," katanya.

Sumber berita: Sinar Harian

Previous
Next Post »
loading...