loading...

Demam Kuning Semakin Menular di Brazil

DEMAM Kuning yang melanda Rio De Janeiro, Brazil semakin menular membawa sekurang-kurangnya 237 orang maut manakala 723 orang lagi disahkan dijangkiti virus tersebut.

Menurut Kementerian Kesihatan Brazil, peningkatan medadak tersebut amat membimbangkan kerana ia tidak pernah berlaku sejak lebih 10 tahun lalu.

Jabatan kesihatan telah menggerakkan program vaksinasi di Rio de Janeiro bagi mengekang penularan virus tersebut.

Memetik laporan Astro Awani, Seramai 10 juta penduduk telah berjaya mendapatkan vaksin tersebut manakala empat juta lagi masih berisiko dihinggapi virus berkenaan sehingga semalam.

Rio de Janeiro adalah negeri yang paling terjejas virus ini diikuti Sao Paulo dan Minas Gerais.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding tempoh sama yang dicatatkan tahun lalu iaitu seramai 187 orang maut.

Sepanjang tempoh Julai 2017 hingga 23 Januari tahun ini, 130 kes disahkan dijangkiti virus dan 162 kes disyaki di dua bandar terbesar di rantau itu iaitu Sao Paulo dan Rio de Janeiro.

Manakala Mac 2017, dilaporkan mencecah 400 kes demam kuning yang melibatkan 80 buah bandar.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan amaran untuk semua pelancong supaya sentiasa berwaspada pada 16 Januari lepas. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Loading...

Previous
Next Post »
loading...