Populariti Siti Nordiana yang semakin meningkat sejak menyertai Gegar Vaganza 3 membawa tuah buat beliau selepas berjaya merangkul gelaran Penyanyi Wanita Popular pada malam ABPBH 3.0. Namun, Siti Nordiana berjanji bahawa harga persembahan beliau tidak akan naik meskipun sudah meraiah gelaran berkenaan.
Buat Siti Nordiana, memenangi sebuah anugerah bukan alasan untuk beliau menaikkan harga tetapi beliau harus meningkatkan lagi mutu persembahannya.
Saya sama saja. Saya tidak berkira. Walau sudah menang saya masih sama sebab saya sudah 18 tahun dalam industri. Tiada anugerah pun begitulah harga saya, sampai sekarang pun begitu. Apa yang penting orang yang memanggil saya buat persembahan berpuas hati. Saya tidak minta lebih. Tengok pada penganjur. Jika mereka ada bajet tidak mengapa. Kalau menyanyi lagu bernada tinggi, saya perlu buat banyak persediaan sebelum persembahan seperti pergi kelas vokal.
18 tahun berkecimpung dalam bidang nyanyian, Siti Nordiana kemenangannya itu adalah sesuatu yang diluar jangkaannya.
Ini pertama kali saya dapat selama 18 tahun dalam industri. Peminat sangat menghargai saya, alhamdulillah. Penyanyi Wanita Popular besar bagi saya sebab semua penyanyi mengidamkan anugerah ini untuk kita tahu sejauh mana kita dalam industri seni ini. Macam-macam yang saya lalui sepanjang 18 tahun itu dan kemenangan ini hadiah buat peminat saya selama ini.
Tahniah kami ucapakan kepada Siti Nordiana kerana usaha kerasnya selama 18 tahun dalam bidang nyanyian akhirnya berbaloi selepas dinobatkan sebagai penyanyo wanita popular. Pedulikan kritikan orang ramai yang melabelkan anda artis kampung dan harapnya selepas ini mutu persembahan beliau akan lebih baik.