loading...

Belum Sedia Pakai Baju Labuh - Joy Revfa

Keluhan serta luahan rasa terkilan isteri Hafiz Hamidun iaitu Joy Revfa terhadap komen netizen yang mempertikaikan gaya pemakaian dan seyumannya yang didakwa mampu menimbulkan nafsu lelaki telah viral sejak beberapa hari lepas.

Berbicara mengenai isu itu, Joy menerusi portal mStar Onlin memberitahu beliau sebenarnya menghormati pandangan netizen tetapi pada masa yang sama merasa tertekan dengan tindakan sesetengah daripada mereka yang sering “menyerang” setiap foto yang dimuat naik olehnya dengan pelbagai komen.  Joy menjelaskan beliau masih lagi dalam proses untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik.
Sudah-sudahlah cari silap dan dosa saya, saya pun baru berhijab dan masih lagi dalam proses belajar untuk menjadi seorang yang menutup aurat dengan sempurna. Ramai yang serang saya di laman sosial tentang baju saya ketat atau nampak rambut atau tangan. Ya, dulu memang saya kurang peka dengan hal-hal itu.

Saya bukan wanita yang sempurna, saya belum bersedia untuk pakai pudah atau berbaju labuh. Tapi saya ada semangat ke arah itu suatu hari nanti. Kalau boleh biarlah atas kesediaan saya sendiri dan bukan hanya berpura-pura.
Hafiz ambil tahu tentang penampilan saya, dia ada tegur tapi dengan cara yang sangat lembut. Insya-Allah saya akan perbaiki penampilan dan lebih menjaga maruah dan imej dia sebagai suami.
Jika ada niat untuk berubah, inshaAllah satu hari nanti Joy akan dapat menjadi seorang wanita muslim yang lebih baik. Kritikan kadang kala boleh menjatuhkan semangat seseorang, lebih baik untuk netizen mendoakan yang terbaik buat beliau.
Previous
Next Post »
loading...