loading...

Malaikat jemput awak dengan wangian syurga, jangan jatuh cinta dengan bidadari okay?

Pada subuh hari ini, sudah genap 5 hari awak pergi. Setiap subuh, mesti saya akan menangis sebab masik tidak menyangka yang awak sudah betul-betul pergi meninggalkan saya.




Mari ini, saya kuat sikit, inshaAllah. mahu keluar untuk berurusan dengan pihak JPN. Awak tahu Isnin lepas siapa yang datang? Kawan baik awak, pengapit awak semasa hari perkahwinan kita, Zul Ahmad Zulfadly datang all the way dari Abu Dhabi. Penerbangan dia ke KLIA pada 16 April, dan pada 17 April dia sudah pergi menziarahi awak di pusara dan melawat saya di rumah mak. Semalam 18 April di sudah pulang ke Abu Dhabi semula.

Dia pulang ke tanah air hanya semata-mata mahu menziarahi awak sayang. Sayangnya dia pada awak. Terharu tak? Dia kata, terlalu banyak kenangan manis dan kata-kata nasihat dari awak. Setakat mahu balik jauh ini, tiada masalah langsung demi orang yang dia sayang. Selain Zul, terlalu ramai kawan-kawan awak lain yang datang menziarahi saya, mesej saya dan berikan kata-kata semangat kepada saya. Cikgu awak, kawan sekolah rendah awak, SMKS18, MRSM Jasin, UiTM, KOMANDER, MIAT, gent-geng jurugambar, Airasia, Jamco Singapore, Property, BMW F800, geng-geng kedai makan, pelanggan Utami Village, ibu-bapa kawan-kawan awak dan ramai lagilah.

Pada hari Ahad lepas, abang Hafizd bawa saya pegi tempat kejadian sebab saya mahu tengok berapa jarak sebenar dari tempat awak jatuh itu ke tol Ayer Keroh. Dekat sangat sayang, betul-betul dekat. Menyesal? tidaklah, saya tidak menyesal langsung. Awak jangan risau okay? Kan sudah sampai masa awak kan? Saya saja mahu pergi tengok. Kami berhenti di KM 198.5 itu sayang, ingat mahu tengok saja, tetapi banyak pula serpihan motor dan helmet awak masih berada di situ. Saya kutip satu per satu. Speedometer awak pun masa ada di situ dan ianya berhenti pada 80km/h sayang. Allah SWT saja kot mahu tunjuk pada saya awak bawa tidak laju mana pun, sudah cukup berhati-hati dah. Tetapi sudah sampai masa awak kan?

Bukan saya tidak boleh move on, tetapi tidak sampai hati barang-barang awak terbiar saja di situ. Helmet yang yang full face itu boleh pecah seribu tahu sayang. Tetapi insyaAllah awak tidak sakit pun kan? Entah-entah, awak memang sudah tiada pun dari atas motor lagi. Malaikat sudah jemput awak siap-siap. Hati umi Raden Mass, mak awak sendiri kuat cakap macam itu. Sebab awak sudahlah bawa perlahan di lorong kiri, baru keluar dari simpang RNR pula itu, segar dan tidak mengantuk. Tetapi apa-apa pun sayang, kami redha. Berdasarkan dari keadaan motosikal awak, polis kata awak memang jatuh sendiri sebab bahagian depan yang teruk. Walaupun besar kemungkinan lepas awak jatuh itu ada kenderaan lain yang melanggar awak, tetapi dia tidak salah, saya tidak akan salahkan dia. Umi suruh saya maafkan orang itu.. Asalkan umi awak sendiri yang penat mengandungkan awak lahirkan awak, besarkan awak boleh maafkan, siapalah saya mahu lebih-lebihkan sayang? Kawasan itu memang gelap betul, orang memang tidak akan nampak awak.

Semalam saksi yang jumpa awak di tempat kejadian inbox saya.. dia bagitahu saya, dia on the way from KL to JB.. berhenti dekat RNR ayer keroh kejap berehat sebab mengantuk.. tapi terjumpe awak, terus awak ajak borak.. terus dia tak jadi tido tau.. hehe.. muhaimin, as always la kan.. selagi mata tak pejam memang takkan berhenti bercakap.. Then dalam pukul 4 lebih awak gerak balik dulu, baru die menyusul lebih kurang pukol 5.. dan die la yang jumpa awak dah terbaring kaku sebelom tol tu.. RNR dari tempat awak tu, kurang dari 10km je sayang..

dia bagitahu saya, dia dah try cari henfon awak nak call waris tapi tak jumpa.. sebab masa tu memang gelap sangat dan berkabus.. dia ingat henfon tu dah jauh terpelanting, sebab tu dia terus call plus.. yela, henfon awak kan dalam jacket awak.. elok dan tak rosak lansung henfon awak sebenarnye.. bagus jugak dia tak call saya, kalau saya tengok awak terbaring atas jalan tu, macam mane sebak tak tahu la.. asalkan tengok awak kene tarik dari laci unit forensik tu pon dah buat hati saya hancur..
Lepas dia call plus, dia terus ke JB sebab rushing ade hal.. mase ni dia kate, dia still tak cam awak ni abang yg dia borak sakan dekat RNR tadi sebab motor awak agak teruk, lagi pon gelap time tu.. dia suluh2 je dengan henfon.. dia kate masa dekat RNR awak sembang pasal motor dengan die.. awak siap cakap dekat dia, ‘pinjaman je semua ni..’ Lepas dah sembang, dia salam awak.. dia tanya, ‘kenape sejuk sangat tangan abang ni?’ awak jawab, ‘nak jalan jauh sejuk la..’ hmm.. ‘jalan jauh’ ke mane sayang? Saya tahu awak memang dah tahu kan sebenarnye? even dalam beg awak pon, saya tak jumpe kunci rumah kita.. awak memang tahu awak takkan balikkan?
Yang paling buat hati saya gembira sejak semalam, bila dia bagitahu saya ‘kak, tempat kejadian tu harum kak’.. Subhanallah sayang.. bukan saya je la terbau masa dekat pusara awak hari tu ye? rupenye, dekat tempat awak jatuh tu pon dah memang wangi sayang.. malaikat jemput awak dengan wangian syurga.. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.. Lepas dia check dekat fb group, baru die perasan awak rupenye yang dia jumpe tadi.. die bagitahu saya, dia betol2 tak sangka awak abang yang peramah tu.. menangis dia sayang.. dia kate, nanti nak ziarah awak di pusara.. orang yg baru beberape minit jumpe awak pon terkesan dengan awak, istimewa betol awak ni sayang.. cemburu betol saya.. dari cerita ni, berselera saya makan.. Untuk saksi, terima kasih cari dan contact saya k.. saya hargai sangat2 bila dapat tahu sendiri gambaran yang betol.. takde la nak tertanye2 lagi..


Sayang,

Semalam saya cuci baju yang awak pakai.. baju dan seluar akhir awak, saya yang bagi.. jacket motor awak, abang hafizd yang bagi.. sedeh betol dia sayang tengok awak suke betol pakai jacket tu.. awak bagitahu saya, awak suke jacket tu sebab awak sayang dia kan? jacket yang awak beli sendiri, ade je tergantung dekat rumah kita.. lagi 1 yang saya pelik, t-shirt yg awak pakai cantik je tak koyak.. dah la fit je dengan body, tapi elok pulak tak kene koyak lansung.. memang lembut je badan awak walaupon dah beberape jam, senang je pihak hospital bukak semua pakaian awak… selalu kalau tengok csi tu, diorang gunting je kan.. huhu..

Abang hafizd & kak mimi pegi Utami Village semalam.. diorang kate, ape2 kerosakan dekat kedai tu, malam hari khamis tu sebelom balik ade lagi.. tapi tadi datang kedai, semua awak dah settlekan.. kunci yg penting2 dah siap tersangkut.. memang awak dah siapkan everything untuk memudahkan semua orang sebelom awak pergi. Aduhai sayang… sedeh betol kami semua.. Awak macam dah tahu je.. Utami Village kepunyaan kita ber-4.. walaupon semua masih lemah, tapi dengan semangat awak walaupon dah ber-3, kitorng akan bangkit semula ye sayang.. no worries ok? start semalam UV dah bukak balik.. tapi tutup awal pukol 5 ptg.. sabtu dan ahad tutup.. tulang belakang kami dah tiada.. selama ni awak yang full time sebab saya & abg hafizd kerja.. kali ni kak Utami Adiputeri sendiri, kakak ipar saya akan usahakan k sayang.. demi awak.. selame ni awak cakap tak perlu turun padang sangat sebab kak mimi ada anak2 nak jaga.. Patutla minggu lepas awak ajar saya macam2 kan.. semua awak suruh saya try buat sendiri..

Sayang,

Satu persatu petunjuk yang baik2 datang bagi khabar gembira dekat saya.. makin senang hati saya bila tahu awak di tempat yang lebih baik.. perginye awak di bulan baik, di hari jumaat yang penuh barakah.. urusan semua sangat mudah.. kalau terlibat forensik selalunye urusan lambat selesai tapi awak, sebelom asar dah siap sampai masjid dah pon.. sempat semua orang tengok awak.. semua yang mandikan awak cakap mudah, tiada sedikit najis mahupon air kuning yang keluar, padahal awak ni kuat makan orangnye yang datang solat pon ramai.. urusan pengkembumian tak perlu cakap la, punye la laju.. nasib baik sy sempat.. walaupon kereta sy follow van jenazah, tapi bila sampai je dekat kubur, awak dah dekat dalam dah pon.. sempat la sy tengok wajah awak buat kali terakhir.. awan mendung mengiringi awak.. selesai kebumi, semua macam taknak balik, taknak lepas kan awak.. 2 biji khemah tahlil 3 hari dekat rumah ni pon orang taknak amek duit.. van jenazah pon ade orang sponsor.. tahlil di senawang dan shah alam pon ramai orang datang.. dekat madinah pon ade kenalan kita yg tahlilkan awak.. khamis ni pon kawan2 baik awak nak buat kenduri untuk awak dekat setia alam.. pesaing kedai kita pon dah offer, kalau nak buat kenduri, dia nak sponsor bagitahu je berapa.. bos saya pon masukkan nama awak dalam tahlil ofis saya.. Subhanallah.. sebagai isteri awak, saya tersangat kagum sayang.. saya doa, Allah jemput saya dengan cara yang macam ni jugak nanti.. memudahkan & menggembirakan semua orang..

Semua keluarga, kenalan lama mahupon sekejap, customer utami village, semuanye menangisi pemergian awak.. penah awak nampak papa saya menangis? tak penah kan? tapi sebab awak, papa nangis.. umi & papa awak, adik awak, abang2 saya, kakak2 saya, cousin2 saya, suami cousin semua pon menangis.. mak sampai hari ni bengkak mata.. satu keadaan yang saya memang tak pernah nampak seumur hidup saya sayang.. terkesan betol semua orang.. pemergian awak betol2 menghidupkan!! yang tak kenal awak pon boleh menangis tau.. diorang tanye saya, ape rahsia awak ni sebenarnye? awak memang nampak biasa2 je.. solat cukop, puasa cukop, yg wajib2 semua cukop macam orang lain.. yang lebihnye dekat awak ni, budi pekerti awak memang di tahap yg tertinggi.. cakap lembut, penceria suasana, marah memang tak pernah, hormat orang tua, merendah diri, ego jauh sekali, sayang budak2, tak pernah marah lansung budak2, dengan ibu bapa, isteri memang baik sungguh layanan awak.. tu mmg ajaran sunnah Rasulullah kan, untuk berakhlak baik dengan orang tua, kanak2 dan sesame manusia.. anak2 buah saya sayang awak lebih dari saya.. nampak saya je, ‘abg min mane acu?’ si donut yang selalu call awak tu pon membebel dekat saya, ‘kenape acu ni call taknak angkat? abang min boleh je angkat kalau donut call!’ hehe.. tak pasal kene marah dgn budak 3 tahun..
sebenarnye, banyak hikmah kehadiran awak dalam keluarga saya yang ade 13 anak buah lelaki ni sayang.. semua pon nak mencontohi awak, nak jadi baik macam abg min.. sayang ibu bapa, hormat orang, penyayang, merendah diri, suke senyum, ceria, mendahulukan kebahagiaan orang lebih dari diri sendiri, dan banyak lagi.. bayangkan la bila 13 orang budak lelaki berkumpul.. macam mana bising dan buasnye masing2..? memang hilang sabar semua orang.. tapi awak? awak suruh orang lain sabar, awak pegi jaga diorng, awak main sekali.. awak selalu cakap dekat saya, awak dulu lagi hyper.. umi lagi penat nak jaga.. setakat anak2 buah saya ni, awak boleh adapt.. biasa je awak kata.. banyak pengajaran dari awak ni tau.. tak perlu kaya harta, kaya akhlak tu yang paling penting untuk bekalan ke alam sana..

keluarga saya akan selalu melawat keluarga awak k sayang.. awak jangan risau, hubungan tu takkan putus.. saya akan sayang orang2 yang awak sayang.. awak ni penyedih dan sangat menghargai orang.. dulu adik awak amirul nak balik johor lepas singgah rumah kita pon awak nangis.. teringat kat adik awak nana pon awak nangis.. teringat umi & papa takyah cakap la kan.. lagi la berjujuran air mata.. dulu masa keje singapore, 2 hari keje 2 hari cuti.. setiap kali nak balik singapore balik, mesti awak nangis.. never failed.. awak tak peduli walaupon nangis depan orang.. hati awak sungguh ikhlas sayangkan orang sekeliling awak.. puas saya nak tenangkan awak.. sebab tu kita decide keje dekat siketkan.. at least kurang siket seriau saya memikirkan awak bawak motor setiap 2 hari tu ulang alik johor ke melaka.. dah bekerja dekat shah alam ni pulak, hikmah terbesar dia awak puas la sbb dekat dgn umi & papa awakkan..

Hati lembut dan mudah tersentuh, itu lah suami saya.. Nampak je brutal, bawak motor besar. Yang brutal sebenarnye saya.. siapa buat pasal dengan awak, saya yang nak pegi sound dulu tapi awak selalu suruh saya sabar.. Allahuakbar..

Allahuakbar.. setakat ni dulu ok.. terlalu banyak kebaikan awak sayang sampai tak boleh nak ingat setiap satu.. saya ingat lagi, saya tulis.. saya tulis sebab takut terlupa.. saya ni kan pelupa.. sebab tu awak pilih tarikh kawen 8/8 supaya saya senang ingatkan..
Thank you zul share video ni dengan ain, terubat rindu tengok video dia menyakat orang.. Mohd Muhaimin as always..

Damailah & berbahagialah sayang disana, tempat terbaik yang kekal abadi.. Saya disini akan sentiasa merinduimu kekasihku.. Jangan jatuh cinta dengan bidadari ok?
Previous
Next Post »
loading...