Beberapa hari lepas, tersebarnya sebuah video yang menunjukkan pelakon Izara Aishah tampil “terlampau” seksi dalam sebuah majlis sehingga ia menampakkan bahagian tubuhnya yang tertentu. Di dalam video berkenaan, Izara kelihatan sedang menyapa rakannya dan ketika itu sisi seksi beliau dirakam .
Rata-rata peminat yang melihat video tersebut mengakui busana yang digayakan oleh Izara menjolok mata.
Izara menerusi akaun Instagramnya juga telah tampil memohon maaf atas isu terbabit dan menafikan video berkenaan yang mendapat perhatian netizen diambil ketika ABPBH 3.0 yang berlangsung pada hari Ahad lepas.
Dengan penjelasan dan permohonan maaf ini, harapnya tiada pihak yang terus berspekulasi mengenai penampilan Izara. Bukan mudah sebenarnya untuk seseorang artis tampil memberikan penjelasan sebegini dan semoga di masa hadapan Izara akan lebih berhati-hati dalam berpakaian kerana setiap pergerakan selebriti pasti akan jadi perhatian.