loading...

Pereka Fesyen Ajak Bersemuka Apabila Rekaannya Dikecam Seseorang Sebagai Koleksi Rekaan Aidil Fitri Fesyen Pondan



Koleksi rekaan Aidil Fitri seorang pereka fesyen terkenal dikecam sebagai fesyen pondan oleh netizen ketika ianya dipamerkan kepada umum melalui Gaya Koleksi Raya 2017 di Publika, baru-baru ini.



Satu akaun Facebook yang mengecam rekaan pereka fesyen ini dengan menggelarkan fesyen pondan bersama kapsyen ingin menjentik muka pereka baju berkenaan kini jadi tular di laman sosial.



Ekoran kecaman berkenaan pereka fesyen itu turut membalas kecaman tersebut melalui laman Instagram miliknya termasuk mencabar pemilik akaun Facebook itu supaya bersemuka dengannya.



Pereka fesyen terbabit, Ezuwan Ismail, 35, lebih bersikap terbuka dengan membuat kenyataan bahawa beliau tidak mahu ambil pusing apa orang cakap. Kalau rekaan seperti ini pun mereka kecam apatah lagi rekaan yang seksi. Jadi, saya ambil pendekatan untuk tidak mempedulikan apa saja tanggapan orang terhadap rekaan saya, katanya kepada Harian Metro.



Ezuwan turut menyatakan bahawa dia agak terkilan dengan kata-kata tersebut dan juga sedia menerima sebarang kritikan serta kecaman sebagai positif untuk memperbaiki setiap rekaannya di masa akan datang.



"Secara realitinya tidak menampakkan ia sebagai rekaan fesyen 'pondan' pun. Sesetengah orang boleh terima manakala selebihnya mengecam.



Menurut Ezuwan lagi, berkemungkinan ada beberapa pihak di luar sana yang melihat rekaan baju Melayu berkenaan kelihatan lebih feminin kerana warna kain yang digunakan. Beliau turut menambah setiap karyanya dia lebih suka untuk mencipta kelainan iaitu rekaan yang lebih kreatif dan segar.



Sebagai seorang pereka fesyen dia tidak dapat lari daripada kecaman, walau bagaimanapun, dia sentiasa mengambil pendekatan agar tidak cepat melatah. Mereka ada hak untuk bersuara, katanya.



Koleksi tersebut telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai setelah ia mula dijual. Harga koleksi berkenaan dijual dengan nilai RM2,500 kerana fabrik yang digunakan sangat berkualiti.
Previous
Next Post »
loading...