Selalunya, bila kita buka majalah atau ruangan yang sewaktu dengannya, kita akan lebih kerap jumpa cara mahu pikat hati wanita, pujuk isteri, ambil hati si dia dan lain-lain. Tetapi, jarang sekali kita jumpa tips pasal memikat hati lelaki atau suami kan? Mungkin ada, tetapi kadang-kadanglah kalau jumpa pun.
Di sini, aku kongsi sedikit tips yan gaku peroleh daripada pelbagai sumber yang muda sampai yang tua dan dari pengaaman serta pemerhatian aku sebagai peguam rumah tangga ini. Tips ini sesuai untuk pasangan yang sudah berkahwin saja.
Ada di antara tips ini yang korang nampak macam WTF saja, tetapi, percayalah. Benda yang korang nampak kecil dan tidak penting ini sebenarnya mempunyai kesan yang besar di mata suami. Kesan mungkin ada yang nampak serta merta dan ada yang tidak nampak sangat tetapi untuk jangka masa yang panjang, inshaAllah anak nampak kesannya.
Secara psikologinya, bila kau hatar suami kau di pintu, masa itu kau senyum bermanja suruh balik awal, salam cium-cium, peluk-peluk sikit, pasti suami korang akan teringatkan kau sepanjang hari dan akan balik cepat sebab dia sudah ada harapan kepulangan dia pun akan disambut dengan senyuman manja isterinya. Masa kerja pun nak cepat-cepat siap supaya boleh balik ke rumah segera.
Jadi sangat perlu kepada kebijaksaan korang sbg isteri menjinakkan suami dgn hemah dan berhikmah. Mahu berkias silakan, tetapi jangan keterlaluan sampai suami korang blur buat tidak tahu. Mahu guna cara direct pun boleh, tetapi biar penuh dengan kelembutan dan perasaan seseolah sedang memujuk suami.
Banyak kes suami yang dikatakan lemah tenaga batin ini bukan disebabkan kelemahan fizikal, tetapi sebab mental lelaki itu yang sudah koyak dengan sikap pemalu isteri sehinggakan kehangatan bersama itu kian pudar. Itu belum lagi jenis isteri yang kuat bertempik, mengarah, bau belacan, bedak sejuk 3 inci setiap malam dan lain-lain jenis lagi.
Di sini, aku kongsi sedikit tips yan gaku peroleh daripada pelbagai sumber yang muda sampai yang tua dan dari pengaaman serta pemerhatian aku sebagai peguam rumah tangga ini. Tips ini sesuai untuk pasangan yang sudah berkahwin saja.
Ada di antara tips ini yang korang nampak macam WTF saja, tetapi, percayalah. Benda yang korang nampak kecil dan tidak penting ini sebenarnya mempunyai kesan yang besar di mata suami. Kesan mungkin ada yang nampak serta merta dan ada yang tidak nampak sangat tetapi untuk jangka masa yang panjang, inshaAllah anak nampak kesannya.
1. Sambut dan hantar suami di muka pintu
Benda yang simple ini tetapi payah untuk dilakukan oleh para isteri. Mesti ada korang perempuan ini rasa mengadalah nak sambut atau hantar pula sampai di pintu rumah. Ada juga yang ego sampai rasa seperti bibik pula bila kena buat macam itu.Secara psikologinya, bila kau hatar suami kau di pintu, masa itu kau senyum bermanja suruh balik awal, salam cium-cium, peluk-peluk sikit, pasti suami korang akan teringatkan kau sepanjang hari dan akan balik cepat sebab dia sudah ada harapan kepulangan dia pun akan disambut dengan senyuman manja isterinya. Masa kerja pun nak cepat-cepat siap supaya boleh balik ke rumah segera.
2. Jangan jemu buat air kegemaran untuk suami, walaupun tidak diminta
Tips ini aku dapat dari seorang taukeh dari Langkawi. Bukan calang-calang punya orang. Secawan air untuk suami korang masa suami baru balik kerja memang sangat-sangat berkesan untuk meneutralkan mood suami yang penat-penat baru balik kerja atau sampai di rumah.3. Jangan diarah, tapi bagi cadangan dalam bentuk nasihat
Kalau bukan sebab ego, bukan lelaki namanya. Hakikat itu memang semua makhluk di dunia ini kena terima. Bukan kami mahu mendabik dada dengan ego kami, tetapi memang naluri kami diciptakan macam ini. Serupa dengan naluri wanita, suka berhias, merajuk dan membebel.Jadi sangat perlu kepada kebijaksaan korang sbg isteri menjinakkan suami dgn hemah dan berhikmah. Mahu berkias silakan, tetapi jangan keterlaluan sampai suami korang blur buat tidak tahu. Mahu guna cara direct pun boleh, tetapi biar penuh dengan kelembutan dan perasaan seseolah sedang memujuk suami.
4. Jangan malu dengan suami
Ini masalah yang kecil di mata tetapi besar di hati. Terdapat kes di mahkamah di mana si isteri meminta cerai secara fasakh sebab suami dia lemah tenaga batin. Sudah berubat sana sini sama saja, naik kejap lepas itu tidak naik-naik lagi. Padahal awal kahwin dulu, elok sihat berkali-kali korang pusing atas katil itu. Bila selidik tanya suami, suami pun ceritalah, dia sudah hilang keinginan dan nafsu untuk bersama isteri dia.Banyak kes suami yang dikatakan lemah tenaga batin ini bukan disebabkan kelemahan fizikal, tetapi sebab mental lelaki itu yang sudah koyak dengan sikap pemalu isteri sehinggakan kehangatan bersama itu kian pudar. Itu belum lagi jenis isteri yang kuat bertempik, mengarah, bau belacan, bedak sejuk 3 inci setiap malam dan lain-lain jenis lagi.