loading...

Akui Lagend Dan Puji Diri Sendiri Kerana Ikut Skrip - Kak Ogy

Menerusi Berita Premium, Kami ada melaporkan tentang ketidakpuashatian penonton tehadap kualiti pengacara  Fauziah dato ahmad daud atau dikenali sebagai Kak Ogy yang di lihatkan seakan-akan memuji diri sendiri dan syok sendiri semasa mengacarakan majlis terbesar tersebut.



Menurut Kak Ogy, dia hanya mengikut skrip yang diberikan sahaja.

"Bukan kerana riak. Dialog lagend tersebut memang ada di dalam skrip. Saya di minta untuk membacakan dan memainkan peranan sahaja."

"Biarlah orang nak menfitnah saya apa-apapun. Mereka tak tahu perkara sebenar. Allah ada." katanya menerusi ruangan  komen di Instagram miliknya. 

Walaupun sudah memberikan penjelasan tersebut nampaknya Netizen masih tidak dapat menerima kenyataan Kak Ogy.

"I am very strong. Baginda Rasullulah lagi dasyat dipelakukan berbanding saya. Mereka tak tahu cerita sebenar di belakang takbir" Ujar Kak ogy

Berikut adalah di antara komen pedas Netizen di Instagram milik Kak Ogy

"Dah kenapa ikut skrip? Dah bongok sangat ke sampai tak boleh ikut keputusan sendiri. Bukankah Kak Ogy sendiri acapkali nasihatkan peserta realiti dekat malaysia ini supaya membuat keputusan sendiri.


Previous
Next Post »
loading...