loading...

Di Kencam Buat Baju Fesyen Pondan, Ini Penjelasan Pereka Baju Raya



“SAYA tidak mahu ambil pusing apa orang cakap. Kalau rekaan seperti ini pun mereka kecam apatah lagi rekaan yang seksi. Jadi, saya ambil pendekatan untuk tidak mempedulikan apa saja tanggapan orang terhadap rekaan saya.”



Itu reaksi pereka Ezuwan Ismail, 35, yang terkilan apabila koleksi rekaannya untuk Adilfitri dikecam sebagai rekaan fesyen 'pondan' oleh pihak tertentu ketika dipamerkan menerusi Gaya Koleksi Raya 2017 di Publika, baru-baru ini.

Menurutnya dia menerima setiap kritikan dan kecaman sebagai positif terutama bagi memperbaiki setiap rekaannya pada masa akan datang.

"Setiap kali berkarya saya lebih suka untuk mencipta kelainan iaitu rekaan lebih kreatif dan segar. Mungkin segelintir pihak di luar sana melihat rekaan baju Melayu itu nampak lebih bersifat feminin berikutan warna kain yang digunakan.

"Secara realitinya tidak menampakkan ia sebagai rekaan fesyen 'pondan' pun... sesetengah orang boleh terima manakala selebihnya mengecam.

Image may contain: 2 people, people standing

"Mereka ada hak untuk bersuara," katanya ketika dihubungi di Guangzhou, China.

Katanya, sebagai seorang pereka fesyen dia tidak dapat lari daripada dikecam namun dia juga sering mengambil pendekatan supaya tidak mudah melatah.

"Koleksi itu sudah pun mula dijual dan ia mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai. Koleksi itu dijual pada harga RM2,500 berikutan fabrik yang digunakan amat berkualiti tinggi," katanya.

Terdahulu, satu akaun Facebook mengecam rekaannya sehingga menjadi tular di laman sosial apabila menggelarkan rekaan Ezuwan sebagai fesyen 'pondan'.

Menerusi kapsyen di Facebook itu pemilik akaun berkenaan mahu menjentik muka pereka baju berkenaan.

Berikutan itu, Ezuan turut membalas kecaman itu di laman Instagram miliknya termasuk mencabar pemilik akaun Facebook itu supaya bersemuka dengannya.
Previous
Next Post »
loading...