Tinggal di kawasan perumahan teres dan yang sewaktu dengannya, adalah penting untuk menjaga haiwan peliharaan masing-masing. Usah dibiarkan berkeliaran sehingga mendatangkan ketidakselesaan pada jiran-jiran yang lain.
Bagaimanapun, apa yang dilakukan oleh jiran Amalieena ini adalah sangat keterlaluan. Menurut Amalieena, seekor kucingnya dilemaskan dalam plastik dan diletakkan di depan rumahnya. Amalieena mengesyaki perbuatan itu dilakukan oleh jirannya yang bengang dengan kucing peliharaannya yang selalu bermain di hadapan rumah jirannya itu.
Dari Instagram Amalieena
Tak tahu nak cakap macam mana. Perasaan marah membuak-buak dalam diri bercampur perasaan sedih. Bayangkanlah baru balik kerja, ternampak salah seekor kucing kegemaran saya mati dalam beg plastik dan diletakkan di hadapan rumah.
Saya sangat sedih dengan perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab ini sanggup melemaskan kucing saya sampai mati, sebab hanya kepalanya sahaja yang basah. Kemudian diletak pula di hadapan rumah tuannya.
Tahu pula itu kucing saya. Memang perangai jiran yang sangat kurang ajar.
Jangan tanya kenapa tuhan bagi kesusahan pada keluarga kamu. Saya memang tidak akan maafkan perangai manusia yang tidak berhati perut seperti ini.
Kalau kamu tidak suka kucing itu bermain di depan rumah kamu, maklumkan kepada kami dan kami boleh kurung dia. Bukan begini caranya nak menyelesaikan masalah.
Cuba bayangkan anak kamu dipenggal kepalanya dan diletak di hadapan rumah. Agak-agaknya apa yang kamu rasa pada ketika itu?
Kita manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir, jadi berfikirlah. Bukannya bunuh kucing orang sesuka hati.
Takziah buat Amalieena. Kepada individu yang tidak menggemari kehadiran kucing, usahlah bertindak melampaui batas sehingga tergamak meragut nyawa haiwan yang tidak bersalah. -