SUSULAN kenyataan pihak penganjur acara yang menafikan berlakunya kejadian tarik diri daripada pertunjukan fesyen mahupun halau-menghalau, ahli perniagaan terkenal, Nur Sajat tiba-tiba menerima tempias apabila dipersalahkan dalam gosip hangat itu.
Ini gara-gara ramai peminat percaya kononnya Nur Sajat sengaja membuat cerita, sekali gus berniat mahu memecah belahkan hubungan antara Fasha Sandha dan Nora Danish.
Apatah lagi, Nora menyatakan dia sendiri tidak tahu menahu berhubung isu tuduhan yang dilemparkan Fasha.
Bagaimanapun, satu video Live yang dirakam jurumekap Nur Sajat yang dikenali sebagai Giebam ketika jelitawan itu menerima panggilan daripada pihak penganjur bagai mengesahkan dakwaan Fasha.
Tonton video di bawah ini;
Dalam video itu, Nur Sajat kelihatan sedikit tegang ketika menerima panggilan itu sehingga meminta Giebam tidak merakamkan hal itu.
Kemudian, Nur Sajat dilihat keluar dari sebuah bilik sebelum menghubungi individu lain memaklumkan arahan yang diterimanya itu.
“Owner Jakel hubungi kita, sekarang ini Nora nak tarik diri dekat fashion show sebab dia tahu Fasha Sandha nak datang. So sekarang ini mereka tak bagi Fasha datang,”katanya kepada seseorang.
Rakaman live itu bagaimanapun ditutup oleh Giebam apabila menyedari keseriusan isu yang sedang berlaku .
Bagaimanapun, sejauh mana kebenaran yang dipapar dalam video itu tidak diketahui yakni sama ada benar Nora sememangnya tidak mahu Fasha berada dalam acara tersebut atau tidak.
Apakah Sajat tersalah faham dengan apa yang berlaku?
Setakat ini, Nora Danish dalam satu sidang akhbar semalam menyatakan akan menyaman Fasha yang mendakwa dia tidak mahu hadir dalam satu pertunjukan fesyen di ibu negara baru-baru ini.
Fasha dalam reaksi balas menyatakan dia tidak takut dan turut memuat naik hashtag #burungpsycho , dipercayai menyindir jenama fesyen Nora yang menggunakan nama dan lambang burung hantu.