TAMPIN - Hajat menantu lelaki untuk menjenguk bapa mertuanya di Felda Bukit Rokan Utara Gemencheh, di sini, berakhir dengan insiden mengejutkan apabila bapa mertuanya berusia 72 tahun ditemui sudah meninggal dunia di kediaman berkenaan, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, menantu berkenaan datang ke pondok polis Bukit Rokan Utara dan memaklumkan kepada pihak polis kediaman bapa mertuanya tidak boleh di buka serta berbau

busuk.
Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Hamazah Ab Razak, anggota polis telah pergi ke rumah berkenaan bersama menantu lelaki berkenaan dan memecahkan pintu belakang rumah yang terletak di Peringkat 1, Felda berkenaan.
"Setelah membuat pemeriksaan, mangsa telah ditemui di bawah katil dalam keadaan sudah tidak bernyawa, busuk dan mereput. Hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui di lokasi berkenaan.
"Kita jangkakan berdasarkan keadaan mayat, mangsa sudah pun meninggal dunia lebih empat hari. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan," katanya dalam satu kenyataan, di sini, tadi.

Updlp: Ujian Penilaian Program Dwibahasa Sarawak B ...

Bwm R1250rt, R1300gs Bantu Tugasan Eskot, Kawalan ...

Peguam Lapor Polis Kehilangan Pamela Ling Sprm ...

Meski Disaman, Kim Soohyun Semakin Kaya Berjuta Ri ...