loading...

Fail Cerai, Penyanyi Ezlynn Minta Masa Untuk Sendiri

MASIH dibelenggu emosi selepas kes permohonan cerainya terhadap suaminya Adam Fahmy Shamsuddin diketahui umum, penyanyi Ezlynn meminta agar dirinya dibiarkan bersendirian buat masa ini.

Ezylnn yang terkenal dengan lagu Hi Hi Bye Bye ini memberitahu bahawa dia tiada mood untuk ditemubual berhubung perkara itu.

“Saya bukan dalam mood untuk berfotografi atau ditemubual sekalipun. Tak ada apa yang nak dikongsipun. Saya harap kamu faham,” katanya kepada BH Online.

Fail Cerai, Ezlynn Minta Masa Untuk Sendiri

Selain itu, Ezlynn juga memohon pengertian besar terhadap suratan hidupnya sekarang.

“Saya mahu dibiarkan bersendirian. Kita akan bertemu juga suatu hari nanti, dalam sebuah acara mungkin… Mesti berjumpa nanti,” katanya.

Ezlynn memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya itu pada awal Januari lalu mengikut Seksyen 47 (5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Spekulasi mengenai kegoyahan rumahtangga Ezlynn dan Adam dihidu media selepas khabar angin dia dimasukkan ke hospital kerana dipercayai menghadapi tekanan berkaitan isu rumah tangganya bertebaran di blog-blog hiburan tempatan.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga 6 tahun lalu iaitu pada 20 November 2011 dan tidak dikurniakan cahaya mata.
Previous
Next Post »
loading...