Wow! Hebat betul penangan tudung daripada dUCk ni! Semalam dUCK telah melancarkan koleksi tudung terbaharu untuk raya tahun ni dan semalam juga semua tudung tu dah kehabisan stok! Baik atas talian mahupun kat kedai, koleksi tudung terbaharu daripada dUCk ni dah kehabisan stok. Betapa hebatnya penangan dUCk ni! Tu cuba korang tengok orang yang beratur nak beli koleksi tudung terbaharu daripada dUCk tu. Sampai kat luar Pavilion dorang sanggup beratur. Panjang barisan tu sampai ke Grand Millenium Hotel yang terletak kat sebelah Pavilion. Pehhh... Panjang gila barisan! Bayangkan orang yang beratur tu daripada dalam Pavilion sampai ke luar Pavilion hingga ke Grand Millenium Hotel tu.
Tahniah Vivy Yusof! Bukan senang nak cipta fenomena dUCk ni. Walaupun aku tak faham sangat sejenis kegigihan yang beratur panjang sampai macam tu semata-mata untuk mendapatkan tudung daripada dUCk ni. Haaa... Sah sah la aku tak faham sebab aku tak pakai tudung. Haha!