loading...

Tak Dijemput, Diva AA Buang CD Zikir Hafiz Hamidun

SIAPA tak kenal pengacara popular Azwan Ali yang sememangnya cukup dikenali dengan pelbagai cerita kontroversi.



Terbaharu menerusi laman Instagramnya, Azwan ada memuat naik satu status berserta video memaparkannya membuang CD zikir nyanyian Hafiz Hamidun.

Azwan difahamkan mengambil tindakan sedemikian berikutan tidak mendapat jemputan perkahwinan daripada Hafiz yang mendirikan rumah tangga dengan usahawan kosmetik Siti Arifah Amin pada 1 Mei lalu di Shah Alam, Selangor

Daripada komen-komen peminat di Forum Cari, Hafiz dipercayai sering membeli rendang masakan Azwan yang diusahakan oleh hos popular itu sejak beberapa tahun lalu.

Mungkin disebabkan hubungan rapat di antara mereka itu, bila tak dapat jemputan, Azwan mungkin naik angin lah kot.

Memuat naik kapsyen, “#carutanz terpaksa ko henggat aku hadap sgt nak makan nasi minyak ko?  eeeee buang k”, Azwan nampaknya macam bengang sangat tu tak dijemput.

Tak pasal-pasal je CD lagu zikir tu masuk sampah disebabkan tak dapat jemputan kahwin.  Hai, macam-macam hal..
Previous
Next Post »
loading...