loading...

Fizo Omar Dedah Sebab Isteri Sukar Hamil

Jika sebelum ini Fizo Omar berkongsi kisah gembira tentang kehamilan isterinya, dalam masa yang sama pelakon lelaki ini juga turut mendedahkan bahawa terdapat beberapa faktor yang lain yang membuatkan isterinya, Mawar sukar untuk hamil.



“Paling tepat untuk saya katakan, ia berkait-rapat dengan rezeki Allah namun saya percaya beberapa faktor lain turut menyumbang kepada permasalahan itu seperti pemakanan dan tekanan kerja kerana kami memang dikenali sebagai pasangan aktif bekerja”

“Tapi itulah, kalau Allah dah nak bagi… selepas setahun lebih menjalani pembedahan kecil membuang ketumbuhan tersebut, akhirnya kami terima berita gembira ini,” jelasnya kepada mStar Online.

Tambah Fizo lagi, apa yang dilakukannya sepanjang berusaha mendapatkan cahaya mata adalah dengan berdoa dan tidak berputus asa selain percaya dengan keluasan rezeki kurniaan-Nya.

“Terus berdoa, jangan berputus asa dan harus percaya rezeki Allah itu luas. Kalau Dia belum beri kita rezeki anak, mungkin dia beri dulu rezeki kesihatan dan kebahagian yang kita sendiri tidak sedar”

“Bayangkan kalau Dia bagi rezeki itu serentak! Mana nak jaga anak, mana nak tumpukan pada perniagaan dan pasti ini akan menjadi lebih complicated! Sebab itu saya kata perancangan-Nya Maha hebat… buktinya, kami capai target dalam perniagaan dan tepat waktunya, berita ini pula kami terima,” katanya lagi.
Previous
Next Post »
loading...