KULIM, KEDAH - Baru hari pertama pekerja, seorang wanita telah mencuri barang kemas bernilai hampir RM50,000 di sebuah kedai emas di Kulim.
Dalam kejadian jam 6 petang di kedai Goldfinch, cawangan Tesco Kulim semalam, suspek, Ellieya, 29, didakwa telah mencuri barang-barang kemas tersebut semasa rakan sekerjanya pergi ke tandas.
"Dia masuk kerja 24 Mei jam 4 petang. Bila kami minta kad pengenalannya, dia memberikan alasan terlupa bawa. Jadi kami pun kata, esok dia kena bagi.
"Ketika seorang kakitangan pergi ke tandas, dia mengambil kesempatan itu untuk mencuri barang-barang kemas.
"Apabila rakan sekerjanya kembali, suspek memaklumkan dia mahu keluar makan, sebelum terus melarikan diri," kata pengendali laman Facebook Kedai Emas Goldfinch.
************************************
REWARD RM3000 kepada pemberi maklumat.
Baru masuk kerja hari pertama dah curi barang kemas bernilai hampir RM 50,000.
Kedai emas di Kulim (berhampiran TESCO) hari ini mengalami kerugian dalam 'sekelip mata'
Menurut tuan kedai,pekerja yang baru mula kerja hari ini itu berasal dari Parit Buntar.
Harap dapat tularkan.
Sesiapa yang mempunyai maklumat atau kenal dengan pencuri tersebut boleh hubungi
MR KHOO di nombor 0164447626