loading...

“Saya Rotan Sebab Nak Ajar Solat” – Armin

Gara-gara merotan anaknya sehingga lebam, suami kepada penyanyi Ziana Zain iaitu Armin Zaharin Ahmad Zambri, didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini di atas pertuduhan mencederakan anak lelakinya pada 25 Februari lalu.

BACA: “Menyanyi Lagi Senang Dari Berniaga” – Ziana Zain

Mengikut pertuduhan, dia yang kini tidak berkerja didakwa menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan. Selain itu dia menjelaskan bahawa tindakan yang dilakukannya itu adalah untuk mengajar anaknya mengaji dan solat.

“Saya tidak dera anak. Saya ajar dia mengaji dan solat tetapi dia tidak faham dan bebal. Saya bertanggungjawab terhadap empat anak selain mempunyai ibu yang sakit dan perlu menghantarnya ke hospital,” katanya dipetik daripada laporan Harian Metro.

Melalui portal berita itu juga, laporan polis dibuat sendiri oleh Ziana pada 27 Februari lalu sebelum suaminya itu ditahan polis bagi membantu siasatan, Jumaat lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9. (rtky/s)

GAMBAR IHSAN: Mohd Asri Saifuddin Mamat



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...