Sebak mendengar luahan Intan Liana apabila beliau memberitahu dirinya bukanlah wanita terbaik untuk suami, Ude Wahid dan gembira untuknya kerana sudah berjumpa wanita yang lebih baik sekarang.
BACA: “Jangan Kaitkan Izreen Dalam Isu Kami” – Ude
“Saya bukan wanita terbaik untuk Ude dan dia sudah jumpa yang lebih baik untuk dirinya. Saya doa yang terbaik untuknya pada masa mendatang. Orang selalu cakap, dalam tempoh lima tahun memang banyak dugaan dalam perkahwinan”
Sepatutnya menyambut ulangtahun perkahwinan hari ini, sambutan kali ini perit untuk Intan ingati apalagi hubungannya dengan suami sudah berakhir. Menerusi Instagram story, Intan meluahkan kesedihan yang ditanggung.
Manakala kongsi Intan lagi, hak penjagaan anak tidak dituntut di mahkamah kerana hasil perbincangannya dengan bekas suami, ianya bergantung atas budi bicara sendiri. Bagaimanapun kes penceraian akan disebut semula pada 22 Mac.
“Jelas sekali, inilah dugaan buat saya yang perlu saya lalui. Berkaitan penjagaan anak, hal itu adalah atas perbincangan kami bersama. Ia tak dituntut di mahkamah. Semuanya atas budi bicara saya dan dirinya”
“Ikutkan, saya tak tahu lagi apa kesudahannya kerana kes perceraian ini akan disebut semula pada 22 Mac,” jelasnya kepada Berita Harian Online mengenai kes penceraiannya yang akan disebut semula. (rtyk/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW