loading...

Sampel Makanan Kes Keracunan Di HTAR Diketahui Seminggu

SHAH ALAM – Keputusan analisis sampel makanan yang dipercayai tercemar sehingga mengakibatkan 76 kakitangan Jabatan Anestesiologi Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) keracunan makanan dijangka diketahui dalam masa seminggu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata kementerian akan mengambil tindakan tegas termasuk menggantung lesen syarikat katering berkenaan jika terbukti kes keracunan makanan itu berpunca daripada makanan yang mereka sediakan. “Memang daripada apa yang berlaku, nampaknya ini adalah kes keracunan makanan. Ini kerana semua orang yang makan di dalam suatu majlis dapat keracunan makanan dan ini tentu dari sumber yang sama,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Sungai Renggam di sini hari ini.

Dalam insiden 28 Feb lepas, kakitangan HTAR terbabit mengalami keracunan makanan selepas menikmati hidangan pada mesyuarat jabatan dan siasatan awal mendapati ia dipercayai berpunca daripada makanan yang disediakan syarikat katering swasta dari luar hospital. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Loading...

Previous
Next Post »
loading...