loading...

Kes Demam Denggi Meningkat 52 Ked Dari 18-24 Februari

KUALA LUMPUR – Kes demam denggi bagi tempoh 18 hingga 24 Feb 2018 menunjukkan peningkatan sebanyak 52 kes berbanding minggu sebelumnya, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata sebanyak 1,224 kes direkodkan bagi tempoh tersebut berbanding 1,172 kes pada minggu sebelumnya.

Bagaimanapun, jumlah kumulatif kes denggi yang direkodkan mengurang sebanyak 5,441 kes kepada 9,072 berbanding 14,513 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.

“Untuk kematian Denggi pula, sebanyak 20 kematian dicatatkan untuk tempoh yang sama, berbanding 40 kematian dilaporkan pada tahun 2017, penurunan sebanyak 20 kes (50 peratus),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata sejumlah 383 lokaliti wabak demam denggi dilaporkan di 11 negeri dan 136 lokaliti ‘hotspot’ di empat negeri.

Dalam pada itu, beliau berkata satu kes chikungunya direkodkan pada minggu tersebut di Sik, Kedah, menjadikan jumlah kes chikungunya yang dilaporkan sehingga 24 Feb tahun ini adalah sebanyak 37 kes iaitu 31 kes dari Kelantan, dua kes di Kedah dan masing-masing satu di Perlis, Selangor, Sarawak dan Sabah

Dr Noor Hisham berkata setakat 24 Feb tahun ini, pemantauan sistem survelan virus Zika oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan dan Institut Penyelidikan Perubatan mendapati keputusan ujian bagi 278 sampel darah di kalangan pesakit yang menunjukkan gejala jangkitan virus Zika adalah negatif. – BERNAMA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...