loading...

Kenapa Langit Warna Biru Pada Siang Hari Dan Merah Ketika Matahari Terbenam?

langit biru cantik

Antara warna yang paling banyak dilihat dalam dunia ini adalah warna biru. Antara benda yang paling kerap kita lihat berwarna biru sudah tentulah langit. Namun, mengapa langit berwarna biru? Apakah yang memberikan warna biru kepada langit?

Terlebih dahulu kita perlu tahu bahawa cahaya matahari yang memancar ke bumi berwarna putih. Namun, ia mempunyai warna-warna tersendiri, dan apa yang boleh dilihat oleh mata kasar adalah warna pelangi.

panjang gelombang cahaya yang boleh dilihat oleh mata kasar

Tenaga cahaya bergerak dalam bentuk gelombang. Setiap cahaya mempunyai panjang gelombang yang tersendiri. Ada yang bergerak dalam gelombang yang pendek dan ada yang sangat panjang.

Bagi gelombang cahaya biru, ia lebih pendek daripada gelombang cahaya merah. Dan semua tahu bahawa cahaya bergerak dalam garis lurus, namun ia akan bertindakbalas jika terdapat halangan.

bongkah prisma membengkokkan cahaya menjadikannya warna pelangi

Jika ia dihalang oleh cermin, cahaya akan dipantulkan. Jika melalui prisma, ia dibengkokkan dan jika melalui molekul-molekul gas di atmosfera, ia akan berselerak.

Apabila cahaya matahari sampai ke atmosfera bumi ia berselerak ke semua arah. Cahaya biru berselerak di semua arah disebabkan oleh molekul-molekul kecil atmosfera, dan disebabkan cahaya biru bergerak dalam gelombang yang lebih pendek dan kecil, ia berselerak paling banyak.

penjelasan mudah mengapa langit berwarna biru

Jadi, ia membuatkan warna biru lebih dominan secara tak langsung menjadikan mata kita melihat langit berwarna biru.

Dan semakin dekat hampir langit (kaki langit), semakin cerah ia kelihatan, seolah-olah seperti biru air, atau putih. Cahaya yang sampai pada kita ini telah melalui lebih banyak udara, membuatkan molekul-molekul udara ini menyelerakkan cahaya biru berkali-kali ke lebih banyak arah, menjadikan warnanya menjadi lebih cerah.

Selain itu, permukaan Bumi juga memantul dan menyelerakkan cahaya. Proses penyelerakkan ini mencampuradukkan warna bersama-sama membuatkan ia kelihatan kurang biru, dan lebih putih.

Langit merah ketika matahari terbit dan terbenam

mengapa matahari terbenam langit menjadi warna merah

Apabila matahari terbit dan terbenam, ia kelihatan lebih rendah dan jauh dari langit.

Apabila cahaya matahari bergerak dalam perjalanan yang lebih panjang memasuki atmosfera dan untuk sampai ke mata kita, ia membuatkan cahaya warna biru lebih banyak "dibuang.

mengapa matahari terbenam menjadikan warna langit merah

Keadaan ini membuatkan warna kuning dan merah lebih terserlah memberikan warna langit merah kekuningan.

Rujukan :

1. Space Plane

2. Optics

Previous
Next Post »
loading...