SEJAK kebelakangan ini, ramai yang mula berteka-teki mengenai status hubungan antara pengacara, Hefny Sahad dan pelakon jelita, Uqasha Senrose.
Sebelum ini terdapat banyak desas desus yang mengatakan pasangan ini akan bertunang, namun pasangan ini dikatakan semakin kurang ‘mesra’ di hadapan umum apabila masing-masing tidak lagi memuat naik foto bersama di laman sosial.
BACA : Setahun Lebih Bercinta, Uqasha Akui Bakal Bertunang
Ekoran itu, Hefny tampil menjawab segala persoalan yang kerap menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen itu.
Hefny berkata, hubungannya bersama Uqasha masih baik seperti biasa selain mengakui enggan mengulas lanjut mengenai status yang sedang terjalin.
“Status perhubungan? Kami macam biasa, cuma tak mahu bercerita lebih mengenai perkara ini. Saya tak mahu komen. Doakan saja yang terbaik,” kata Hefny dipetik BH Online, hari ini.
Ujar Hefny lagi, dia dan Uqasha sedang sibuk dengan jadual kerja masing-masing yang agak padat selain mengakui lebih selesa untuk berkongsi mengenai hal-hal kerjaya sahaja buat masa ini.
“Tahun ini, saya mahu lebih banyak bercerita mengenai karier. Saya perhatikan, liputan mengenai kisah cinta kami terlalu banyak dan tumpuan umum hanya terarah ke situ. Saya tak mahu orang bercakap saya tumpang populariti Uqasha pula,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Hefny dikatakan bakal muncul dalam program bual bicara terbaharu terbitan TV3, Borak Kopitiam bersama Dayah Bakar, Sarah Adiba, Feona Cheong, Zack Merican dan Fify Azmi selain penyampai radio, Haziq dari Hot FM serta Muaz (Kool FM).
Memetik sumber, difahamkan program yang bersiaran selama dua jam itu akan ditayangkan secara langsung setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada jam 7 pagi mulai esok. – MYNEWSHUB.CC/AM
Loading...